
90
Merakam Filem
• Fungsi berikut tidak boleh digunakan dengan fungsi ini.
Single SR Zoom (Zum SR Tunggal), Anti Shake (Antigoncang), Lighting
(Pencahayaan), Continuous AF (AF Berterusan), Pemasa Kendiri Tigaan,
Handsfree (Bebas tangan), Face Detection (Pengecaman Muka), Metering
(Permeteran), ISO, ISO High Limit (Had Tinggi ISO), Make-up (Mekap), Review
(Semak Semula)
• Kadar bingkai main semula filem yang dirakam dengan fungsi ini ialah 20 fps.
Kualiti filem bergantung pada pemandangan yang anda gunakan.
Pemandangan 3 hingga 8: FHD
Pemandangan 9 hingga 13: HD
• Perhatian, audio tidak dirakam semasa merakam dengan fungsi ini.
• Kamera boleh dikonfigurasikan untuk memainkan filem Selang Masa sahaja
semasa pertunjukan slaid (halaman 145).
• Apabila menggunakan “» HDR Art (Seni HDR)” untuk rakaman filem, keamatan
kesan seni ditetapkan mengikut tetapan filem.
• Anda tidak boleh menangkap syot kilat dengan menekan butang pengatup semasa
rakaman selang masa sedang berlangsung (Syot Kilat dalam Filem).
• Operasi tetapan semula (halaman 197) mengembalikan “Interval (Selang)” dan
“Total Time (Jumlah Masa)” kepada tetapan lalai awalnya. Setiap pemandangan
Selang Masa mempunyai tetapan “Interval (Selang)” dan “Total Time (Jumlah
Masa)” uniknya sendiri.
• Untuk melaraskan kecerahan semasa merakam dengan Selang Masa “» Night
Scene (Pemandangan Malam)”, gunakan “
” (Shutter Speed (Kljuan Pngtup)) di
Panel Kawalan (halaman 45) bagi melaraskan kelajuan pengatup.
. Menggunakan Skrin Maklumat Pemandangan
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemandangan,
pilih pemandangan itu menggunakan sempadan pada menu
pemandangan, dan kemudian putar pengawal zum ke
mana-mana arah.
• Untuk kembali ke menu pemandangan, putar pengawal
zum semula.
• Untuk menatal antara pemandangan, gunakan [4] dan
[6].
• Untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi pemandangan yang sedang
dipilih, tekan [SET].
Comentarios a estos manuales