
208
Lampiran
. Kanta
• Jangan kenakan tekanan yang kuat semasa membersihkan permukaan kanta.
Perbuatan itu boleh mencalarkan permukaan kanta dan menyebabkan kerosakan.
• Kadang kala anda mungkin terlihat beberapa herotan pada jenis imej tertentu,
seperti bengkok sedikit di garisan yang sepatutnya lurus. Ini adalah kerana sifat
kanta tersebut dan tidak bermakna kamera telah rosak.
. Menjaga kamera anda
• Jangan menyentuh kanta atau tetingkap denyar dengan jari anda. Kesan jari,
kotoran dan benda asing lain pada kanta atau tetingkap denyar boleh menganggu
pengendalian kamera yang betul. Gunakan penghembus atau cara lain untuk
memastikan kanta dan tetingkap denyar bebas daripada kotoran dan debu, dan lap
dengan perlahan menggunakan kain lembut yang kering.
• Untuk membersihkan kamera, lap kamera dengan kain lembut yang kering.
. Peringatan Pengendalian Bateri Boleh Cas Semula Lama
• Tebat terminal positif dan negatif dengan pita dsb.
• Jangan tanggalkan pembalut bateri.
• Jangan ceraikan bateri.
. Langkah berjaga-jaga apabila menggunakan fungsi LAN wayarles
Produk ini menggunakan komunikasi data wayarles yang boleh menyebabkan
gangguan atau terganggu dengan peranti berdekatan lain.
Pintasan penghantaran radio
Sila maklum bahawa gelombang radio yang digunakan untuk menghantar dan
menerima data boleh dipintas oleh pihak ketiga.
Akses tidak sah
CASIO COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab
sekiranya berlaku akses tidak sah dan/atau penggunaan titik akses produk ini jika
produk hilang atau dicuri.
Guna sebagai peranti LAN wayarles
Guna fungsi LAN wayarles produk ini hanya mengikut arahan yang diterangkan
dalam manual ini. Sebarang penggunaan lain adalah penggunaan yang salah, dan
CASIO COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab bagi
sebarang kerosakan yang berlaku kerana penggunaan yang salah.
Kemagnetan, cas elektrostatik, dan gangguan radio
Jangan guna produk ini berhampiran ketuhar gelombang mikro atau di tempat lain
yang menghasilkan kemagnetan, cas elektrostatik, atau gangguan radio. Penerimaan
gelombang radio mungkin terjejas dalam persekitaran tertentu.
Sila maklum juga bahawa peranti lain yang menggunakan jalur 2.4 GHz yang sama
seperti produk ini mungkin menyebabkan pengurangan kelajuan pemprosesan dalam
kedua-dua peranti.
Comentarios a estos manuales