
179
Menggunakan Kamera dengan Komputer
8. Pengguna Windows 8: Pada menu “Documents”, klik “Home” dan
kemudian “Paste”.
Pengguna Windows 7: Pada menu “Documents” “Organize”, pilih
“Paste”.
Pengguna Windows Vista: Pada menu “Documents” “Edit”, pilih
“Paste”.
Pengguna Windows XP: Pada menu “My Documents” “Edit”, pilih
“Paste”.
Ini akan menampal folder “DCIM” (dan semua fail imej yang dikandungnya) ke
dalam folder “Documents” (Windows 8, Windows 7, Windows Vista) atau
“My Documents” (Windows XP) anda. Anda kini mempunyai salinan fail yang ada
dalam memori kamera pada komputer anda.
9. Setelah selesai menyalin imej, tanggalkan kamera daripada komputer
anda.
Selepas mengesahkan lampu belakang tidak berkelip merah, cabut kabel USB.
. Untuk melihat imej yang anda salin pada komputer anda
1. Dwiklik folder “DCIM” yang disalin untuk membukanya.
2. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat.
3. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
• Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada
halaman 185.
• Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin komputer
anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).
• Melihat imej CS, syot selang masa dan kelompok pada komputer akan
memaparkan satu per satu imej komponen dalam kumpulan. Imej CS, syot
selang masa dan kelompok tidak boleh dilihat sebagai satu kumpulan pada
komputer.
Comentarios a estos manuales