
100
Menggunakan BEST SHOT
Dengan Panorama Slaid, anda mengalihkan kamera untuk menyediakan dan
merakam berbilang imej, yang kemudiannya digabungkan menjadi panorama. Ciri ini
membolehkan anda merakam panorama sehingga 360 darjah, yang lebih hebat
daripada yang boleh dirakam dengan keupayaan fizikal kanta.
• Imej panorama akhir boleh jadi satu daripada dua saiz yang ditunjukkan di bawah.
Arah Slaid adalah Kanan atau Kiri: Maksimum 11520
x
1080 piksel
Arah Slaid adalah Ke Atas atau Ke Bawah: Maksimum 1920
x
7296 piksel
• Operasi zum tidak disokong semasa rakaman Panorama Slaid. Tetapan zum
ditetapkan pada sudut lebar penuh.
• Anda boleh menggunakan Panorama Slaid untuk merakam imej melintang
sehingga lebih kurang
360 darjah dan imej menegak sehingga lebih kurang 180 darjah.
Jika anda merakam imej Panorama Slaid melintang yang kurang daripada
360 darjah, saiz imej akan menjadi 60, 120, 180, 240, atau 300 darjah.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Slide Panorama (Panorama Slaid)”
(halaman 92).
2. Tekan [SET], dan kemudian gunakan [8] dan [2] untuk memilih
pilihan Panel Kawalan (Slide Direction (Arah Slaid)), dan kemudian
tekan [SET].
• Anda juga boleh memilih Arah Slaid dengan memutar gelang fungsi.
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih arah pergerakan kamera yang
dirancang semasa merakam, dan kemudian tekan [SET].
Anda boleh memilih satu daripada empat arah: Kanan, Kiri, Atas, atau Bawah.
4. Halakan kamera di permulaan panorama dan tekan separa butang
pengatup supaya kamera boleh fokus secara automatik.
Merakam Imej Panorama (Panorama Slaid)
Comentarios a estos manuales