Casio EX-100 Manual de usuario Pagina 82

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 232
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 81
82
Merakam Filem
Merakam Filem dengan PRO Auto Premium
Apabila PRO Auto Premium didayakan (halaman 35),
kamera secara automatik membuat pertimbangan
mengenai subjek, keadaan rakaman, dan parameter
lain. Hasilnya ialah imej berkualiti lebih tinggi
berbanding imej yang dihasilkan rakaman Auto Program. Persekitaran rakaman yang
dikesan oleh kamera dipaparkan di bahagian bawah mod skrin RKM.
PRO Auto Premium didayakan untuk filem FHD dan filem STD sahaja.
Menggunakan PRO Auto Premium menyebabkan cas bateri habis lebih cepat
berbanding menggunakan rakaman Auto Program.
Merakam dengan BEST SHOT
Dengan BEST SHOT (halaman 92), anda boleh memilih sampel pemandangan yang
sepadan dengan jenis filem yang anda cuba rakam dan kamera akan menukar
tetapannya dengan sewajarnya untuk menghasilkan filem yang indah setiap kali.
Meminimumkan Kesan Pergerakan Kamera semasa Rakaman Filem
Anda boleh menggunakan Antigoncang (halaman 121) bagi mengkonfigurasikan
kamera untuk meminimumkan kesan pergerakan kamera semasa rakaman filem
FHD dan STD. Perhatian, Antigoncang tidak boleh digunakan dengan Filem Seni
HDR dan Antigoncang tidak menghalang imej kabur yang disebabkan oleh
pergerakan subjek.
Kamera anda mempunyai mikrofon terbina dalam yang boleh digunakan untuk
merakam audio (stereo) semasa rakaman filem.
Kamera anda mempunyai fungsi untuk mengurangkan hingar angin (Wind Noise
Cut (Pemotongan Hingar Angin)) semasa merakam filem (halaman 126).
. Peringatan Perakaman
Kamera juga merakam audio. Ambil perhatian tentang
perkara berikut apabila merakam filem.
Berhati-hati supaya mikrofon tidak ditutup oleh jari anda,
dsb.
Hasil rakaman audio yang baik tidak mungkin jika
kamera terlalu jauh daripada apa yang anda cuba
rakam.
Menjalankan operasi zum semasa merakam boleh menyebabkan hingar zum
dan/atau fokus auto hadir dalam rakaman audio.
Mengendalikan butang kamera semasa merakam boleh menyebabkan bunyi
butang dirakam dalam audio.
Apabila merakam dengan mod filem “HS” pada tetapan kadar bingkai “30-120 fps”
atau “30-240 fps”, audio direkodkan hanya apabila kamera merakam pada 30 fps.
Audio tidak dirakam pada sebarang kadar bingkai yang lain.
Audio
Mikrofon
Vista de pagina 81
1 2 ... 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 ... 231 232

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios