Casio EX-100 Manual de usuario Pagina 88

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 232
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 87
88
Merakam Filem
Semasa kamera disediakan untuk rakaman Filem Prarakam, menekan butang
pengatup tidak akan menangkap syot kilat kecuali rakaman filem sedang berjalan.
Dengan filem berdefinisi tinggi (FHD) dan standard (STD), anda boleh menangkap
imej pegun semasa rakaman filem masa sebenar berlangsung.
Apabila merakam dengan Filem Prarakam dengan gabungan filem berkelajuan
tinggi, memutar dail kawalan tidak akan mengubah tetapan anjakan EV atau
imbangan putih, walaupun “EV Shift (Anjakan EV)” atau “White Balance (Imbangan
Putih)” ditetapkan untuk fungsi “Control Dial (Dail Kawalan)” (halaman 109). Untuk
mengubah tetapan anjakan EV atau imbangan putih dalam keadaan ini, gunakan
Panel Kawalan.
Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk merakam filem peristiwa sebenar yang
berlaku, untuk melajukan aliran trafik dalam pemandangan bandar, atau untuk
merakam jenis filem lain yang serupa.
Apabila menggunakan fungsi ini, anda disyorkan merakam menggunakan tripod.
Untuk menghalang kehabisan kuasa semasa merakam, gunakan bateri yang dicas
sepenuhnya.
Pastikan kad memori yang anda gunakan mempunyai ruang kosong yang
mencukupi sebelum merakam menggunakan fungsi ini.
Fokus ditetapkan pada apa yang difokuskan semasa rakaman dimulakan.
Untuk sesetengah pemandangan, tetapan kecerahan dan imbangan putih
ditetapkan kepada apa yang ditetapkan semasa rakaman dimulakan.
1. Jajarkan dail mod dengan [F] (Time Lapse (Selang Masa)).
2. Tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih di Panel Kawalan dan
kemudian tekan [SET].
4.
Pilih pemandangan yang anda mahu gunakan dan kemudian tekan [SET].
Pemandangan yang boleh digunakan untuk rakaman selang masa ditunjukkan
oleh ».
5.
Tekan [SET], pilih (Time Lapse Settings (Tetapan Selang Masa)), dan
kemudian tekan [SET].
Merakam Filem Selang Masa (Time Lapse (Selang Masa))
Vista de pagina 87
1 2 ... 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 ... 231 232

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios