
170
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk membolehkan sehingga lapan telefon
pintar dan/atau komputer untuk mengakses foto dan filem dalam memori kamera
untuk melihat dan memuat turun. Telefon pintar tidak memerlukan pemasangan
aplikasi EXILIM Remote untuk mengakses imej kamera menggunakan fungsi ini.
1. Dalam mod MAIN, tekan [MENU].
2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “
p
PLAY MENU”,
dan kemudian tekan [6].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “View on phone (Lihat di telefon)”
dan kemudian tekan [SET].
Ini mewujudkan sambungan antara telefon pintar dan kamera, dan memaparkan
sebuah URL.
• Jika mesej “Connect your phone to the access point below. (Sambung telefon
anda ke titik capaian di bawah.)” kekal berada pada skrin monitor kamera,
tukar tetapan Wi-Fi telefon pintar anda supaya kamera anda dipilih untuk
sambungan (halaman 162).
• Selepas kira-kira 60 saat, skrin monitor kamera akan menjadi kosong.
Menekan [SET] akan menyebabkan imej muncul semula.
4. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi pelayar.
• Pelayar akan secara automatik mengakses URL yang dipaparkan oleh kamera
dalam langkah 3 prosedur ini dan kemudian memaparkan imej yang tersimpan
dalam memori kamera.
• Jika tiada imej kamera muncul secara automatik,
masukkan URL ke dalam pelayar secara
manual.
• Untuk keluar daripada fungsi LAN wayarles,
tekan [MENU].
• Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak dapat memainkan semula fail filem.
• Anda juga boleh melihat imej dalam ingatan kamera pada pelayar komputer
dengan membuat sambungan LAN wayarles dengan komputer.
Melihat Syot Kilat dan Filem dalam Ingatan Kamera pada
Telefon Pintar (View on phone (Lihat di telefon))
Comentarios a estos manuales