
197
Tetapan Lain (SETTING)
[MENU] * Tab “¥ SETTING” * Format
Jika kad memori dimuatkan dalam kamera, operasi ini akan memformat kad memori.
Ia akan memformat memori terbina dalam jika tiada kad memori dimuatkan.
• Operasi format akan memadam semua kandungan pada kad memori atau memori
terbina dalam. Ia tak boleh dibuat asal. Pastikan anda tidak memerlukan sebarang
data yang ada pada kad atau memori terbina dalam sebelum anda memformatnya.
• Memformat memori terbina dalam akan memadam data berikut.
– Imej yang dilindungi
– Persediaan “CUSTOM SHOT”
• Memformat kad memori akan memadam data berikut.
– Imej yang dilindungi
• Pemformatan akan menyebabkan semua imej dipadam, walaupun pemadaman fail
dinyahdayakan (“Disabled (Dinyahdayakan)” dipilih untuk “Delete Key (Kekunci
Padam)” (halaman 192)) untuk sesetengah imej.
• Periksa aras bateri sebelum memulakan operasi memformat dan pastikan ia tidak
terlalu rendah. Pemformatan mungkin tidak dapat dijalankan dengan betul dan
kamera mungkin berhenti beroperasi secara normal jika kuasa kamera
berkurangan semasa pemformatan sedang berjalan.
• Jangan buka penutup bateri semasa pemformatan sedang berjalan. Perbuatan itu
boleh menyebabkan kamera berhenti beroperasi secara normal.
[MENU] * Tab “¥ SETTING” * Reset (Set Semula)
Lihat halaman 215 untuk butiran mengenai tetapan lalai kilang bagi kamera.
Tetapan di bawah tidak ditetapkan semula.
Tetapan Waktu Dunia, tetapan jam, gaya tarikh, bahasa skrin
Memformat Memori Terbina Dlm atau Kad Memori (Format)
Menetapkan Semula Kamera ke Lalai Kilang (Set Semula)
Comentarios a estos manuales