
218
Lampiran
Apabila mengalami masalah...
Pencarisilapan
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan
Bekalan Kuasa
Kuasa tidak hidup. 1)Bateri mungkin tidak dimasukkan dengan betul (halaman 23).
2)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 24).
Jika bateri mati sejurus dicas, ini bermakna bateri telah
mencapai hujung hayatnya dan perlu diganti. Beli bateri ion
litium boleh cas semula CASIO NP-130A yang tersedia
secara berasingan.
Kamera terpadam
secara tiba-tiba.
1)Mati Kuasa Auto mungkin telah diaktifkan (halaman 191).
Hidupkan kuasa semula.
2)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 24).
3)Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan kerana
suhu kamera terlalu tinggi. Matikan kamera dan tunggu
sehingga ia sejuk sebelum mencuba untuk menggunakannya
semula.
Kuasa tidak dapat
dimatikan.
Tiada apa-apa
yang berlaku
apabila butang
ditekan.
Keluarkan bateri daripada kamera dan kemudian masukkannya
semula.
Mengecas
Lampu belakang
tidak bercahaya
merah dan bateri
tidak akan dicas.
1)Tanggalkan kabel USB daripada kamera dan kemudian
sambungkannya semula.
2)Keluarkan bateri daripada kamera dan kemudian
masukkannya semula (halaman 24).
Rakaman Imej
Imej tidak dirakam
apabila butang
pengatup ditekan.
1)Jika kamera dalam mod MAIN, tekan butang pengatup untuk
memasuki mod RKM.
2)Jika denyar sedang mengecas, tunggu sehingga operasi cas
selesai.
3)Jika mesej “Memory Full (Memori Penuh)” muncul, pindah
imej ke dalam komputer anda, padam imej yang anda tidak
perlukan lagi atau guna kad memori lain.
Fokus Auto tidak
memfokus dengan
betul.
1)Jika kanta kotor, bersihkannya.
2)Subjek mungkin tidak berada di tengah bingkai fokus semasa
anda menyediakan imej.
3)Subjek yang anda rakam mungkin bukan daripada jenis yang
serasi dengan Fokus Auto (halaman 42). Gunakan fokus
manual (halaman 51).
4)Anda mungkin menggerakkan kamera semasa
penggambaran. Cuba merakam dengan Antigoncang atau
gunakan tripod.
Comentarios a estos manuales