
74
Tutorial Syot Kilat
• Satu daripada berikut akan mengeluarkan anda daripada mod tunggu sedia secara
automatik: menekan butang pengatup, menukar orientasi senget skrin monitor,
atau menterbalikkan kamera.
• Mod Bebas Tangan mungkin tidak beroperasi dengan betul apabila terdapat
perbezaan kecil antara subjek dengan latar belakang ikon, atau apabila subjek
jauh dari kamera.
• (ikon pratonton) akan muncul di skrin monitor apabila syot kilat dirakam.
Apabila kamera mengesan pergerakan berhampiran ikon pratonton, ia akan
memaparkan imej yang dirakam selama tiga saat.
•“O Tracking (Penjejakan)” tidak boleh dipilih untuk tetapan kawasan AF semasa
merakam dengan Mod Bebas Tangan. Jika “O Tracking (Penjejakan)” dipilih
dalam mod lain, memilih Mod Bebas Tangan akan menyebabkan tetapan kawasan
AF bertukar kepada “U Spot (Titik)”.
• Anda tidak boleh menangkap syot kilat dengan menekan butang pengatup semasa
rakaman filem sedang berlangsung (Syot Kilat dalam Filem).
Gunakan prosedur di bawah bagi mengkonfigurasikan tetapan Mod Bebas Tangan.
1. Dalam mod RKM, tekan [MENU].
2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “
r
REC MENU”,
dan kemudian tekan [6].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Handsfree (Bebas tangan)” dan
kemudian tekan [SET].
4. Konfigurasikan tetapan Bebas Tangan.
Mengkonfigurasikan Tetapan Mod Bebas Tangan
(Bebas Tangan)
Tetapan Penerangan
Motion Shutter
(Pengatup
Gerakan)
Menetapkan operasi kamera yang memasuki Mod Bebas
Tangan.
Always (Sentiasa):
Kamera sentiasa kekal dalam Mod Bebas Tangan, tanpa
mengira skrin monitor senget atau tidak.
180°only (180°sahaja):
Kamera memasuki Mod Bebas Tangan hanya apabila
skrin monitor disengetkan ke atas 180 darjah.
Off (Mati): Mod Bebas Tangan dinyahdayakan
Timer
(Pemasa)
Menetapkan jumlah masa yang mesti berlalu sebelum
penangkapan bermula selepas kamera mengesan
pergerakan.
Tetapan: 0.5 sec (0.5 saat), 1 sec (1 saat), 2 sec (2 saat),
2 sec (10 saat)
Comentarios a estos manuales