
89
Merakam Filem
6. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “ Interval (Selang)” atau
“ Total Time (Jumlah Masa)”, tekan [6], dan kemudian gunakan [8]
dan [2] untuk menukar tetapan.
Setiap pemandangan dikonfigurasikan dengan tetapan lalai “ Interval
(Selang)” dan “ Total Time (Jumlah Masa)” yang unik yang sesuai untuk
pemandangan tersebut. Anda boleh mengubah tetapan ini, jika anda mahu.
7. Tekan [SET].
• Tetapan Selang Masa ditunjukkan di bahagian
bawah skrin.
8. Tekan butang pengatup untuk memulakan
rakaman.
• Rakaman diulang pada selang masa yang
ditetapkan dalam langkah 6.
• Rakaman berhenti apabila masa rakaman yang
ditetapkan dalam langkah 6 berlalu atau
apabila butang pengatup ditekan sekali lagi.
• Baki masa rakaman tidak dipaparkan apabila
tetapan “ Total Time (Jumlah Masa)” ialah
“Off (Mati)”.
• Semasa rakaman Selang Masa, skrin monitor akan mati mengikut tetapan “Sleep
(Tidur)” (halaman 191). Tukar tetapan “Sleep (Tidur)” kepada “Off (Mati)” jika anda
mahu skrin monitor terus hidup. Namun, sila ambil perhatian, tetapan ini akan
menghabiskan kuasa bateri dengan lebih cepat.
• Jika tidur didayakan (halaman 191), skrin monitor akan mati selepas tempoh tidur
yang dipraset jika tiada operasi kamera dijalankan, tetapi operasi rakaman selang
masa akan diteruskan. Lampu belakang kamera akan berkelip-kelip pada masa ini.
Menjalankan sebarang operasi semasa skrin monitor kosong akan
menghidupkannya semula. Namun, operasi berikut tidak akan menghidupkan
semula skrin monitor.
– Menekan [ON/OFF] (Kuasa)
– Menekan butang pengatup sepenuhnya
– Memutar dail mod
Interval
(Selang)
Menetapkan bilangan saat antara syot.
Total Time
(Jumlah Masa)
Menetapkan masa rakaman. Memilih “Off (Mati)”
menyebabkan rakaman diteruskan sehingga butang
pengatup ditekan sekali lagi.
Selang
Jumlah Masa
Pemandangan
Baki masa rakaman
Masa rakaman
Comentarios a estos manuales