
74
Tutorial Syot Kilat
Mod ini sesuai untuk penggunaan di luar rumah. Ia meningkatkan penepuan warna
pemandangan untuk mencipta kesan artistik. Kesan mekap digunakan pada muka
subjek manusia.
Jenis imej berikut juga tersedia: HDR, Terang, Latar Belakang
Kabur, Elegan, Berkabut, Pari-pari, Nostalgia
1. Jajarkan dail mod dengan [ ] (Seni Mekap).
2. Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel
Kawalan (Seni Mekap), dan kemudian tekan [SET].
Ini memaparkan menu pemandangan Seni Mekap.
3. Pilih pemandangan yang anda mahu gunakan dan kemudian tekan
[SET].
• Jika anda telah memilih Latar Belakang Kabur, pergi ke langkah 4. Jika
anda telah memilih mana-mana pemandangan lain, pergi ke langkah 5.
4. Pilih tahap kesan kabur dan kemudian tekan [SET].
5. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
• Apabila menggunakan Seni Mekap, tunggu sehingga kamera dapat mengesan
muka sebelum menangkap gambar.
• Jika kamera tidak dapat mengesan muka, kesan seni yang kuat mungkin
digunakan pada muka serta pada latar belakang.
• Imej sampel yang dipaparkan pada skrin pemandangan Seni Mekap tidak dirakam
menggunakan kamera ini.
• Imej yang dirakam dengan pemandangan Seni Mekap tidak boleh ditukarkan
kepada imej biasa (tanpa kesan Seni Mekap).
• Merakam dengan HDR boleh melambatkan tindak balas skrin monitor dan
boleh menyebabkan hingar digital pada imej skrin monitor.
Merakam Imej Cantik Orang dan Pemandangan (Seni Mekap)
Comentarios a estos manuales