
166
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Fungsi ini membolehkan anda merakam syot kilat atau filem dengan kamera secara
jauh menggunakan telefon pintar. Anda juga boleh lakukan zum, pemasa kendiri, dan
operasi lain secara jauh.
• Apabila menggunakan telefon pintar untuk merakam dengan kamera, anda boleh
menambah maklumat lokasi yang diperoleh oleh telefon pintar ke data imej. Untuk
maklumat tentang cara melakukannya, rujuk EXILIM Connect Panduan Pengguna
(halaman 159).
. Sambungan Teknologi Wayarles Bluetooth
1. Lakukan salah satu operasi di bawah.
– Matikan kamera.
– Paparkan skrin mod wayarles.
2. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi “EXILIM Connect”.
3. Pada telefon pintar, tekan “Remote Capture”.
4. Gubah imej pada skrin telefon pintar semasa anda merakam.
Untuk maklumat tentang bagaimana menggunakan “Rakam dengan telefon”, rujuk
panduan EXILIM Connect (halaman 159).
. Tidak dapat menyambung Teknologi Wayarles Bluetooth
1. Tekan [W] (Wayarles).
2. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk memilih “Rakam dengan telefon”
dan kemudian tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Permulaan Jauh” dan kemudian
tekan [SET].
• Jika terdapat sambungan LAN wayarles antara telefon pintar dan kamera,
terus ke langkah 5 prosedur ini.
4. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar, pilih SSID yang dipaparkan pada
kamera dan wujudkan sambungan LAN wayarles antara kamera dan
telefon pintar.
5. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi “EXILIM Connect”.
6. Gubah imej pada skrin telefon pintar semasa anda merakam.
Menggunakan Telefon Pintar sebagai Alat Kawalan Jauh
Kamera (Rakam dengan telefon)
Comentarios a estos manuales