
171
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Anda boleh menghantar syot kilat dan filem yang dirakam dengan kamera ke telefon
yang tidak dipasangkan dengannya. Anda boleh menghantar sehingga satu syot kilat
dan fail filem (semua fail dalam satu kumpulan dalam kes kumpulan CS), yang
jumlahnya tidak lebih daripada 500 MB untuk satu operasi hantar.
1. Hidupkan kamera dan tekan [p] (MAIN) untuk memasuki mod MAIN.
2. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk memilih imej yang anda mahu
hantar dan kemudian tekan [SET].
Ini memaparkan mesej “Hantar imej ini ke telefon.”.
3. Pilih “Hantar”, dan kemudian tekan [SET].
Ini akan mendayakan sambungan dengan telefon pintar dan kamera akan
memaparkan skrin untuk input SSID dan kata laluan.
4. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar, masukkan SSID dan kata laluan
kamera untuk membuat sambungan LAN wayarles antara kamera dan
telefon pintar.
5. Pada telefon pintar, mulakan “EXILIM Connect”.
Ini akan mewujudkan sambungan LAN wayarles antara telefon pintar dan kamera
dan menghantar imej yang dipilih ke telefon pintar.
• Kecuali untuk imej yang dilindungi, imej yang dihantar akan ditandakan dengan
ikon “ ” (imej dihantar) (halaman 15). Ikon imej dihantar mungkin tidak muncul
apabila imej yang dirakam menggunakan kamera lain dihantar.
• Anda boleh tetapkan saiz imej yang dihantar ke telefon pintar menggunakan “Saiz
sml sblm hntr” (halaman 175).
• Anda boleh guna aplikasi telefon pintar di bawah untuk melihat syot kilat selepas
menghantarnya.
– iPhone: Kamera Merakam
– Terminal Android: Galeri, Foto, atau aplikasi pelayar foto lain
Menghantar Syot Imej dengan Kamera ke Telefon yang tidak
dipasangkan dengan Kamera (Hantar Imej)
Comentarios a estos manuales