
105
Menggunakan BEST SHOT
Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk merakam filem peristiwa sebenar yang
berlaku, untuk melajukan aliran trafik dalam pemandangan bandar, atau untuk
merakam jenis filem lain yang serupa.
Selang Masa memberikan koleksi sampel pemandangan yang menunjukkan
pelbagai jenis imej. Sekadar memilih pemandangan menyebabkan kamera
ditetapkan secara automatik dengan tetapan optimum untuk jenis dan keadaan
subjek yang ditunjukkan dalam sampel pemandangan.
• Biasanya, anda harus guna pemandangan “» Standard”.
• Apabila menggunakan fungsi ini, anda disyorkan merakam menggunakan tripod.
• Untuk menghalang kehabisan kuasa semasa merakam, gunakan bateri yang dicas
sepenuhnya.
• Pastikan kad memori yang anda gunakan mempunyai ruang kosong yang
mencukupi sebelum merakam menggunakan fungsi ini.
• Fokus ditetapkan pada apa yang difokuskan semasa rakaman dimulakan.
• Untuk sesetengah pemandangan, tetapan kecerahan dan imbangan putih
ditetapkan kepada apa yang ditetapkan semasa rakaman dimulakan.
1. Dalam mod BEST SHOT, pilih pemandangan Selang Masa yang anda
mahu gunakan (halaman 89).
2. Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel
Kawalan (Tetapan Selang Masa), dan kemudian tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “ Selang” atau “ Jumlah
Masa”, tekan [6] dan kemudian gunakan [8] dan [2] untuk mengubah
tetapan.
Setiap pemandangan dikonfigurasikan dengan tetapan lalai “ Selang” dan “
Jumlah Masa” yang unik. Ubah tetapan ini, jika anda mahu.
Merakam Filem Selang Masa (Selang Masa)
Pemandangan Penerangan
Syot Selang
Anda boleh menetapkan selang rakaman dan bilangan syot.
* halaman 103
Standard
Membolehkn anda melihat filem pjg dgn lbh cepat. Anda blh
mnetapkn slang rakamn dn msa.
Awan Bagi imej yang mengabadikan keadaan awan terapung di langit.
Matahari
Terbenam
Menghasilkan semula keindahan dan drama ketika matahari
terbenam.
Selang Menetapkan bilangan saat antara syot.
Jumlah Masa
Menetapkan masa rakaman. Memilih “Mati” menyebabkan
rakaman diteruskan sehingga butang pengatup ditekan
sekali lagi.
Comentarios a estos manuales