
168
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
• Jika operasi hantar mengambil masa yang panjang, skrin kod QR akan
bertukar kepada mesej penghantaran sedang berlangsung. Untuk
menghentikan operasi hantar semasa mesej ini dipaparkan, tekan [MENU].
• Mesej ralat akan muncul pada skrin monitor kamera jika operasi hantar tidak
berjaya atas sesuatu sebab.
• Mesej pengesahan akan muncul pada skrin monitor jika anda cuba mematikan
kamera semasa skrin kod QR dipaparkan. Jangan matikan kuasa sehingga
operasi penghantaran selesai.
6. Menggunakan telefon pintar yang akan digunakan untuk mengongsi
syot kilat, baca kod QR daripada skrin monitor kamera.
• Telefon pintar anda mesti mempunyai fungsi pembaca kod QR untuk
membaca kod QR.
7. Gunakan telefon pintar untuk mencapai URL yang dihasilkan oleh
pembacaan kod QR.
Ini akan memaparkan syot kilat yang telah dimuat naik apabila kod QR telah
dicipta.
• Anda boleh memilih sehingga 100 fail, berjumlah tidak lebih 500 MB untuk satu
operasi kongsi.
• Apabila bilangan imej yang besar dipilih, ia akan mengambil sedikit masa untuk
menghantarnya ke telefon pintar dan/atau memuat naiknya ke pelayan Scene.
• Untuk menghentikan perkongsian satu set imej, gunakan aplikasi Scene untuk
mengkonfigurasikan Tetapan yang diperlukan untuk menghentikan perkongsian.
• Kongsi Satu Kali tidak dapat digunakan sekiranya ruang kosong tidak mencukupi
pada kad memori.
Comentarios a estos manuales