
103
Menggunakan BEST SHOT
Anda boleh menggunakan prosedur di bawah untuk merakam satu siri imej dalam
tempoh masa yang ditetapkan (Syot Selang). Fungsi ini berguna apabila merakam
pergerakan bunga yang sedang berkembang, dsb.
• Tempoh operasi Syot Selang semaksimum mungkin ialah 20 hari (selang masa
60 minit, 500 imej).
• Apabila menggunakan fungsi ini, anda disyorkan merakam menggunakan tripod.
• Untuk menghalang kehabisan kuasa semasa merakam, gunakan bateri yang dicas
sepenuhnya.
• Pastikan kad memori yang anda gunakan mempunyai ruang kosong yang
mencukupi sebelum menggunakan fungsi ini.
• Fokus ditetapkan pada apa yang difokuskan semasa rakaman dimulakan.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “ Syot Selang”, dan kemudian tekan
[SET].
2. Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel
Kawalan (Tetapan Selang), dan kemudian tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “ Selang” atau “
Tangkapan”, tekan [6] dan kemudian gunakan [8] dan [2] untuk
mengubah tetapan.
4. Tekan [SET].
• Tetapan Syot Selang semasa ditunjukkan di
bahagian bawah skrin monitor.
5. Tekan butang pengatup untuk memulakan
rakaman.
• Rakaman diulang pada selang masa yang
ditetapkan dalam langkah 3.
• Rakaman berhenti apabila masa rakaman yang
ditetapkan dalam langkah 3 berlalu atau apabila
butang pengatup ditekan sekali lagi.
Merakam Berbilang Imej Dalam Tempoh Masa Yang Dtetapkan
(Syot Selang)
Selang Menetapkan selang masa rakaman.
Tangkapan Menetapkan bilangan syot.
Comentarios a estos manuales