
174
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
• Penghantaran Auto boleh digunakan hanya dengan telefon pintar yang
menyokong Bluetooth low energy technology. Kedua-dua sambungan Bluetooth
dan LAN wayarles diperlukan antara kamera dan telefon pintar untuk menghantar
imej kamera secara automatik.
• Ikon di bawah dipaparkan pada skrin kamera manakala kamera dan telefon pintar
adalah bersambung.
– Sambungan LAN tanpa wayar: X
– Sambungan teknologi tanpa wayar Bluetooth: V
• Anda boleh tetapkan saiz imej yang dihantar ke telefon pintar menggunakan “Saiz
sml sblm hntr” (halaman 175).
• Data imej di bawah tidak dihantar secara automatik ke telefon pintar.
–Imej CS
– Imej Syot Kilat Selang
• Melakukan operasi Auto Hantar imej potongan yang dirakam dengan Foto
Pandangan Lebar juga menghantar filem foto pandangan lebarnya.
• Anda boleh guna aplikasi telefon pintar di bawah untuk melihat syot kilat selepas
menghantarnya.
– iPhone: Kamera Merakam
– Terminal Android: Galeri, Foto, atau aplikasi pelayar foto lain
• Hantar Auto dinyahdayakan semasa tetapan Mod Pesawat kamera ialah “Hidup”
(halaman 172). Hantar Auto menjadi didayakan semula apabila tetapan Mod
Pesawat kamera diubah ke “Mati”.
• Walaupun jika anda tukar tetapan Hantar Auto ke “Mati” semasa operasi hantar
imej “Hidup” sedang berlangsung, semua imej akan dihantar ke telefon pintar.
• Apabila “Hidup” dipilih untuk Hantar Auto, mesej akan muncul apabila anda cuba
memadam fail atau mematikan kamera.
• Jika anda cuba untuk mematikan kamera ketika terdapat imej tidak dihantar dalam
memori, mesej akan muncul untuk mengingatkan anda. Jika anda mahu imej
dihantar, biarkan kamera hidup sehingga operasi menghantar lengkap. Menekan
[ON/OFF] (Kuasa) sekali lagi akan mematikan kamera.
• Ambil perhatian bahawa jika sambungan antara kamera dengan telefon bimbit
hilang sedangkan terdapat imej belum dihantar dalam memori, kamera akan mati
selepas kira-kira satu minit. Dalam kes ini, kamera akan cuba menghantar imej
sekali lagi selepas ia dihidupkan.
Comentarios a estos manuales