
80
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan
fail
1. Matikan kamera dan
kemudian gunakan kabel
USB mikro yang disertakan
bersama kamera untuk
menyambungnya ke
komputer anda.
• Untuk butiran tentang
menyambungkan kamera
dan langkah berjaga-jaga
apabila menyambungkan,
lihat halaman 19.
2. Tekan [p] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera.
Apabila anda menghidupkan kamera, semak untuk pastikan yang warna lampu
belakang kamera bertukar daripada merah kepada hijau atau ambar (halaman
20).
• Kali pertama anda menyambungkan kamera ke komputer menggunakan kabel
USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda. Jika ini berlaku,
tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu.
• Pengecasan terus berjalan walaupun kamera dihidupkan.
3. Pengguna Windows 8.1, Windows 8: Klik “Desktop” dan kemudian
“Explorer”.
Pengguna Windows 7, Windows Vista: Klik “Start” dan kemudian
“Computer”.
4. Dwiklik “Removable Disk”.
• Komputer anda mengenali kad memori yang dimuat dalam komputer (atau
memori terbina dalam jika tiada kad) sebagai cakera boleh alih.
5. Klik kanan folder “DCIM”.
6. Pada menu pintas yang muncul, klik “Copy”.
7. Pengguna Windows 8.1, Windows 8: Klik “Documents”.
Pengguna Windows 7, Windows Vista: Klik “Start” dan kemudian
“Documents”.
• Jika anda sudah ada folder “DCIM” dalam “Documents”, langkah seterusnya
akan melaksanakan tulis ganti ke atasnya. Jika anda mahu menyimpan folder
“DCIM” sedia ada, anda perlu menukar namanya atau mengalihnya ke lokasi
berbeza sebelum melakukan langkah seterusnya.
Kabel USB Mikro
(disertakan bersama
kamera)
Port USB
Comentarios a estos manuales