
46
Merakam Imej Filem
• Menghabiskan masa yang lama menggunakan rakaman filem akan menyebabkan
kamera terasa panas sedikit. Ini perkara biasa dan tidak bermakna kerosakan.
• Kamera juga merakam audio. Ambil perhatian tentang
perkara berikut apabila merakam filem.
– Berhati-hati supaya mikrofon tidak ditutup oleh jari anda
dsb.
– Hasil rakaman yang bagus tak boleh berlaku apabila
kamera terlalu jauh daripada apa yang ingin anda
rakam.
• Menangkap gambar subjek yang terang boleh
menyebabkan garis menegak atau bayang merah jambu
pada imej skrin monitor. Ini tidak bermakna berlaku kerosakan.
• Menggunakan memori terbina dalam kamera atau jenis kad memori tertentu boleh
melambatkan kelajuan pemprosesan, malah boleh menyebabkan kamera tidak
boleh menyimpan filem Berkualti Tinggi dengan betul. Selain itu, penggunaan jenis
kad memori yang tertentu melambatkan pemindahan data dan menambah masa
yang diperlukan untuk merakam data filem, di mana ini boleh menyebabkan
pecahan pada imej dan/atau audio semasa main semula. Jika ini berlaku, » dan
Y akan berkedip pada layar monitor.
• Kesan pergerakan kamera dalam imej menjadi lebih ketara apabila anda merakam
pada jarak dekat atau dengan faktor zum yang besar.
• Anda boleh menggunakan kekunci [4] dan [6] semasa rakaman filem untuk
melaraskan tetapan anjakan EV.
Comentarios a estos manuales