Casio EX-MR1 Manual de usuario Pagina 20

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 126
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 19
20
Asas Mula Pantas
Operasi Lampu Belakang
Maklumat dalam tanda kurungan dalam jadual di atas menunjukkan status lampu
semasa kamera dihidupkan semasa pengecasan.
Peringatan Pengecasan Lain
Dengan dua kaedah pengecasan yang diterangkan di atas, anda boleh mengecas
bateri kamera (NP-80) tanpa mengeluarkannya daripada kamera. Anda juga boleh
mengecas bateri menggunakan unit pengecas pilihan yang ada (BC-80L).
Jangan gunakan sebarang jenis peranti pengecas lain. Percubaan untuk
menggunakan pengecas lain boleh menyebabkan kemalangan yang tak dijangka.
Peranti bekalan kuasa dan peranti pengecasan USB tertakluk pada standard yang
ditetapkan. Penggunaan peranti kurang bermutu atau peranti yang tidak
memenuhi standard boleh menyebabkan kerosakan dan/atau kegagalan kamera
anda.
Operasi tidak dijamin sekiranya anda menggunakan komputer yang dibina atau
diubah suai sendiri. Walaupun anda menggunakan komputer yang tersedia secara
komersial, spesifikasi port USB tertentu mungkin memustahilkan pengecasan
menggunakan kabel USB.
Bateri yang masih panas kerana penggunaan biasa mungkin tidak mengecas
sepenuhnya. Berikan bateri masa untuk sejuk sebelum mengecasnya.
Bateri menyahcas sedikit walaupun semasa ia tidak dimuat dalam kamera.
Kerana itu, anda disarankan supaya mengecas bateri segera sebelum anda perlu
menggunakannya.
Mengecas bateri kamera mungkin menyebabkan gangguan dengan penerimaan
TV dan radio. Jika ini berlaku, pasang palam pengecas ke sumber kuasa yang
lebih jauh dari TV atau radio.
Masa pengecasan sebenar bergantung pada kapasiti bateri semasa dan keadaan
pengecasan.
Jangan gunakan penyesuai USB-AC dengan mana-mana peranti lain.
Jangan menggunakan Kord kuasa dengan peranti lain.
Hanya guna penyesuai USB-AC dan kabel USB yang dinyatakan dalam manual ini
untuk mengecas. Penggunaan sebarang jenis peranti lain mungkin mengakibatkan
pengecasan yang pincang.
Status Lampu Penerangan
Menyala Merah,
(Menyala/Berkelip
Ambar)
Mengecas
Berkelip Merah
Suhu sekeliling tak normal,
pengecasan mengambil masa yang
sangat lama atau masalah bateri
(halaman 110)
Mati, (Hijau Menyala) Pengecasan selesai
Lampu belakang
Vista de pagina 19
1 2 ... 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 ... 125 126

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios