
38
Tutorial Syot Kilat
BEST SHOT menyediakan kepada anda kumpulan sampel “pemandangan” yang
menunjukkan pelbagai jenis keadaan penggambaran yang berbeza. Apabila anda
perlu menukar persediaan kamera, cuma cari pemandangan yang sepadan dengan
apa yang ingin anda capai dan kamera akan menyediakannya secara automatik.
Ini membantu meminimumkan kemungkinan imej rosak disebabkan oleh tetapan
pendedahan dan kelajuan pengatup yang lemah.
1. Dalam mod RKM, tekan [SET].
2. Gunakan [8] dan [2 ] untuk
memilih opsyen teratas Panel
Kawalan (Mod rakaman) (halaman
35).
3. Gunakan [4] dan [6] untuk
memilih “b” (BEST SHOT), dan
kemudian tekan [SET].
Ini akan memaparkan menu
pemandangan BEST SHOT.
4. Gunakan [8], [2], [4] dan [6]
untuk mengalih sempadan ke
pemandangan yang anda mahu pilih.
• Menu pemandangan mempunyai berbilang halaman. Gunakan [8] dan [2]
untuk menatal antara halaman menu.
• Anda boleh mencapai maklumat mengenai pemandangan yang sedang dipilih.
Lihat halaman 39 untuk butiran.
5. Tekan [SET] untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi
pemandangan yang sedang dipilih.
Ini mengembalikan ke mod RKM.
• Tetapan pemandangan yang telah anda pilih kekal digunakan sehingga anda
memilih pemandangan lain.
• Untuk memilih pemandangan BEST SHOT yang berbeza, ulangi prosedur di
atas daripada langkah 1.
6. Tekan butang pengatup (jika anda merakam syot kilat) atau [0] (Filem)
(jika anda merakam filem).
• Untuk kembali kepada mod rakaman auto, tekan [SET], gunakan [8] dan [2]
untuk memilih opsyen teratas Panel Kawalan (Mod rakaman), dan kemudian
pilih R (Auto) atau Ÿ (Auto Premium).
Menggunakan BEST SHOT
[SET]
[8] [2] [4] [6]
Pemandangan yang
sedang dipilih (dengan
sempadan)
Nombor
pemandangan
Nama
pemandangan
Comentarios a estos manuales