
39
Tutorial Syot Kilat
. Menggunakan Skrin Maklumat Pemandangan
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemandangan,
pilih pemandangan menggunakan sempadan pada skrin
pemilihan pemandangan, dan kemudian tekan [MENU].
• Untuk kembali ke menu pemandangan, tekan [MENU].
• Untuk menatal antara pemandangan, gunakan [
4] dan
[
6].
• Untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi
pemandangan yang sedang dipilih, tekan [SET].
. Peringatan BEST SHOT
• Beberapa pemandangan BEST SHOT tidak boleh digunakan semasa merakam
filem.
• Pemandangan tertentu seperti “Potret Malam” akan menyebabkan tetapan
kelajuan pengatup menjadi perlahan. Oleh sebab kelajuan pengatup perlahan
meningkatkan kemungkinan hingar digital dalam imej, kamera secara automatik
melakukan proses pengurangan hingar digital apabila salah satu pemandangan ini
dipilih. Ini bermakna ia akan mengambil masa yang lama sedikit untuk menyimpan
imej yang ditunjukkan oleh kelipan hijau lampu belakang. Jangan melakukan
sebarang operasi penting semasa itu.
• Imej pemandangan BEST SHOT tidak ditangkap menggunakan kamera ini.
• Imej yang ditangkap menggunakan pemandangan BEST SHOT mungkin tidak
memberikan hasil yang dijangka disebabkan oleh keadaan penggambaran dan
faktor lain.
• Anda boleh mengubah suai tetapan kamera yang dibuat selepas anda memilih
pemandangan BEST SHOT. Namun harap maklum bahawa tetapan BEST SHOT
kembali ke tetapan lalainya apabila anda memilih pemandangan BEST SHOT lain
atau mematikan kamera.
Comentarios a estos manuales