
52
Tetapan Lanjutan
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “RKM” * Antigoncang
Anda boleh menghidupkan ciri Antigoncang kamera untuk mengurangkan kekaburan
imej disebabkan oleh pergerakan subjek atau pergerakan kamera semasa merakam
subjek bergerak menggunakan telefoto, apabila merakam subjek yang bergerak
pantas atau apabila merakam di bawah keadaan pencahayaan kelam.
• Kepekaan ISO, bukaan dan kelajuan pengatup tidak muncul pada skrin monitor
apabila anda menekan butang pengatup sehingga separuh semasa “Hidup” dipilih.
Namun nilai ini akan muncul sebentar, dalam pratonton imej yang dipaparkan
sejurus selepas anda merakam syot kilat.
• Tetapan kepekaan ISO (halaman 59) mestilah “Auto” untuk Anti Goncang
berfungsi.
• Penggambaran dengan Antigoncang boleh menyebabkan imej kelihatan agak
kasar daripada biasa dan boleh menyebabkan sedikit kemerosotan resolusi imej.
• Antigoncang mungkin tidak boleh menghapuskan kesan pergerakan kamera atau
subjek apabila pergerakan terlalu kencang.
Mengurangkan Kesan Pergerakan Kamera dan Subjek
(Antigoncang)
Tetapan
Paparan Ikon
Skrin RKM
Penerangan
Hidup
Mengurangkan kesan pergerakan tangan dan
subjek semasa rakaman syot kilat.
Mati Tiada Mematikan Antigoncang syot kilat.
Comentarios a estos manuales