
12
Asas Mula Pantas
Asas Mula Pantas
Kamera CASIO anda penuh dengan pilihan ciri dan fungsi berkuasa untuk
memudahkan rakaman imej digital, termasuk fungsi utama berikut.
Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda
Rakaman sendiri mudah
Rakam potret diri sambil anda bersedia menggunakan cermin
hadapan kamera.
Auto Premium
Pilih rakaman Auto Premium dan kamera akan menentukan
secara automatik sama ada anda sedang merakam suatu
subjek atau pemandangan dan keadaan lain. Auto Premium
memberikan kualiti imej yang lebih baik berbanding Auto
standard.
Fungsi Mekap
Fungsi Mekap melicinkan tekstur kulit subjek dan
mengurangkan bayangan wajah yang disebabkan oleh
cahaya matahari terang untuk potret yang lebih cantik.
ART SHOT
Pelbagai kesan artistik membantu menukar subjek harian
biasa tampak lebih baru dan jadi lebih menarik.
Senyap
Mod Senyap menyahdayakan operasi lampu LED,
meredamkan ton operasi kamera, dan menukar tetapan lain
untuk memastikan tangkapan tidak mengganggu orang lain di
sekitar anda.
*Lihat halaman 14 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 27 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 43 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 36 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 42, 64 untuk maklumat lanjut.
Comentarios a estos manuales