
75
Melihat Syot kilat dan Filem
Dengan fungsi ini, anda boleh memilih lima syot kilat, dalam urutan yang anda mahu
syot kilat tersebut muncul dan menggabungkannya ke dalam filem 6-saat, 10-saat
atau 15-saat bersama kesan dan muzik.
1. Dalam mod MAIN, sentuh “ ” (Tunjukkan Ikon).
2. Sentuh “ ” (Filem Promosi).
3. Seret atas atau bawah untuk memaparkan syot kilat yang anda mahu
gunakan dalam Filem Promosi anda.
4. Sentuh syot kilat yang anda ingin gunakan.
5. Ulang langkah 3 dan 4 untuk memilih sebanyak lima syot kilat, dalam
urutan yang anda mahu syot kilat tersebut muncul.
• Jika anda menyentuh semula syot kilat yang telah dipilih, pilihan akan
dibatalkan.
6. Sentuh “OK”.
7. Sentuh “Panjang”, “Peralihan”, dan “Muzik” dan konfigurasikan
tetapan untuk setiap item yang diperlukan.
8. Sentuh “Cipta”.
Ini mencipta Filem Promosi mengikut tetapan yang anda konfigurasikan.
Membuat Filem Promosi (Filem Promosi)
Panjang Pilih 15-saat, 10-saat atau 6-saat.
Peralihan
Dayakan atau nyahdayakan kesan peralihan. Memilih “Hidup”
(didayakan) menggunakan kesan peralihan apabila bertukar
daripada satu imej kepada imej lain.
Muzik
Pilih muzik latar yang anda mahu gunakan. Memilih “Mati”
menghasilkan filem tanpa muzik.
Comentarios a estos manuales