
22
Asas Mula Pantas
. Untuk mengecas menggunakan sambungan USB pada komputer
Ketika kamera dimatikan, sambungkan mengikut urutan yang ditunjukkan di bawah
(
,
).
• Jika kamera dihidupkan, tekan [p] (Kuasa) untuk mematikan kamera sebelum
menyambungkannya kepada komputer anda.
Masa pengecasan: Kira-kira 2 jam 50 minit
• Kali pertama anda menyambungkan kamera ke komputer menggunakan kabel
USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda. Jika ini berlaku,
tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu.
• Bateri yang sudah lama tidak digunakan, beberapa jenis komputer, dan keadaan
sambungan boleh menyebabkan pengecasan mengambil masa yang lebih lama
dari biasa. Keadaan ini juga mungkin menyebabkan lampu operasi berkelip merah.
Jika ini berlaku, rujuk halaman 143.
• Guna penyesuai USB-AC yang dibekalkan untuk pengecasan yang lebih pantas.
• Anda tidak boleh menggunakan kamera untuk merakam imej ketika ia dicas
melalui sambungan USB kamera. Jika anda mahu merakam dengan kamera,
putuskan sambungan kabel USB.
• Jika anda hidupkan kamera semasa mengecas menggunakan sambungan USB
kepada komputer, kamera akan mewujudkan sambungan USB dengan komputer.
Walaupun pengecasan normal biasanya diteruskan pada masa ini, jenis komputer
atau persekitaran sambungan tertentu mungkin berhenti mengecas jika kuasa
bekalan rendah. Ini akan ditunjukkan dengan lampu operasi kamera yang menyala
hijau.
• Pengecasan tidak dilakukan semasa komputer yang disambungkan berada dalam
mod hibernasi.
Kabel USB Mikro
(disertakan bersama kamera)
u tanda penyambung (USB mikro) kecil menghadap bahagian
bertentangan skrin monitor.
Port [USB]
Port USB
Komputer
(kuasa dihidupkan)
Comentarios a estos manuales