Casio EX-TR80 Manual de usuario Pagina 34

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 159
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 33
34
Asas Mula Pantas
Anda juga boleh menangkap syot kilat dengan menyentuh satu titik pada skrin
monitor (halaman 62).
Anda boleh tentukan saiz imej untuk syot kilat. Lihat halaman 64 untuk butiran
lanjut.
. Jika imej tidak berada dalam fokus...
Jika bingkai fokus kekal merah dan lampu operasi berkelip hijau, ia bermakna imej
tidak berada dalam fokus (kerana subjek terlalu dekat dsb.). Halakan semula kamera
pada subjek dan cuba fokus sekali lagi.
. Merakam dengan Auto
“Kunci fokus” (halaman 69) ialah nama teknik yang anda boleh gunakan apabila anda
mahu menangkap imej apabila subjek yang ingin difokuskan tidak berada dalam
bingkai fokus di tengah skrin.
. Merakam dengan PRO Auto Premium
Sesetengah item menu tidak tersedia semasa PRO Auto Premium sedang
digunakan (halaman 61). Hanya item menu yang tetapannya boleh
dikonfigurasikan akan dipaparkan pada menu semasa PRO Auto Premium sedang
digunakan.
Selain kelajuan pengatup dan kepekaan ISO, kamera secara automatik melakukan
operasi berikut mengikut keperluan apabila merakam dengan PRO Auto Premium.
Fokus Auto biasanya dilakukan sehingga anda menekan butang pengatup
sehingga separuh.
Kamera secara automatik menentukan titik fokus pada skrin dan memfokus di
situ.
Apabila menangkap gambar orang, ciri pengecaman muka mengesan sehingga
sepuluh muka individu dan melaras fokus dan kecerahan sewajarnya.
Apabila merakam dengan PRO Auto Premium, mesej “Memproses Auto Premium.”
mungkin muncul di skrin monitor. Jika anda rasa kamera mengambil masa terlalu
lama untuk memproses data, cuba merakam dengan Auto standard pula.
Dalam sesetengah kes, PRO Auto Premium mungkin tidak dapat mentafsir
persekitaran rakaman dengan betul. Jika ini berlaku, rakam dengan Auto standard.
•JikaŠ” dipaparkan, kamera akan merakam sesiri imej CS dan
menggabungkannya menjadi satu imej akhir. Berhati-hati supaya tiada sebarang
pergerakan kamera dan subjek sehingga rakaman semua imej CS selesai.
Vista de pagina 33
1 2 ... 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 ... 158 159

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios