
51
Membuat Rakaman Filem
6. Sentuh “ ” (Mula Filem).
Ini akan mulakan rakaman.
• Audio satu suara juga dirakam semasa
rakaman filem semasa “Full HD” atau “HD”
dipilih untuk tetapan kualiti filem.
• Menyentuh “o” semasa merakam akan
menyebabkan baki masa rakaman dan “R”
muncul. Sentuh “o” semula untuk menukar
kembali ke masa rakaman berlalu.
• Kecuali Filem Berkelajuan Tinggi, operasi zum
disokong semasa rakaman filem (halaman 46).
Zum dinyahdayakan semasa rakaman filem
berkelajuan tinggi. Jika anda mahu
menggunakan zum, laksanakan operasi zum
sebelum anda menyentuh “ ” (Mula Filem)
untuk memulakan rakaman.
• Apabila “Makro” dipilih sebagai mod fokus filem
(halaman 68), anda boleh menekan separa butang pengatup sebelum
memulakan rakaman untuk fokus.
7. Sentuh “ ” (Berhenti Filem) untuk menghentikan rakaman.
• Setiap filem boleh mencecah 4GB atau 29 minit. Rakaman filem berhenti
secara automatik selepas rakaman selama 29 minit. Rakaman Filem juga akan
berhenti secara automatik jika memori menjadi penuh sebelum anda
memberhentikan rakaman filem.
Meminimumkan Kesan Pergerakan Kamera semasa Rakaman Filem
Anda boleh mengkonfigurasi kamera untuk meminimumkan kesan pergerakan
kamera semasa rakaman filem HD dan Full HD. Namun, sila maklum bahawa ia tidak
mencegah kekaburan imej disebabkan pergerakan subjek.
Langkah Berjaga-jaga Rakaman Filem Berkelajuan Tinggi
• Apabila merakam filem berkelajuan tinggi, rakamnya dalam persekitaran
bercahaya terang.
• Apabila merakam filem berkelajuan tinggi, kerlipan sumber cahaya boleh
menyebabkan jalur mendatar muncul dalam imej. Ini bukan kepincangan kamera.
“ ” (Mula Filem)/
“ ” (Berhenti Filem)
Masa rakaman/
Baki masa rakaman
Comentarios a estos manuales