
17
Asas Mula Pantas
• Apabila merakam, pastikan kamera tidak bergerak. Perlahan-lahan tekan butang
pengatup dan berhati-hati supaya tidak membuat sebarang pergerakan semasa
pengatup dilepaskan dan beberapa ketika selepas ia dilepaskan.
• Berhati-hati supaya jari anda dan tali tidak melindungi
mana-mana kawasan yang ditunjukkan dalam
ilustrasi.
• Untuk melindungi daripada menjatuhkan kamera
secara tidak sengaja, pasang tali pergelangan tangan
(boleh diperoleh secara komersial atau secara
berasingan) dan pastikan ia berada di keliling jari atau
pergelangan tangan anda semasa anda
mengendalikan kamera.
• Jangan ayun kamera menggunakan talinya.
• Sentiasa pastikan jari anda tidak menghalang atau
tidak terlalu hampir dengan lampu LED. Jari boleh
menyebabkan bayang-bayang tidak diingini semasa
merakam.
Skrin monitor kamera adalah panel sentuh. Ini bermakna anda boleh melakukan
operasi berikut dengan menyentuh skrin menggunakan jari anda.
Sentuh
Menyentuh skrin dengan jari anda seketika.
Sentuh skrin untuk memilih ikon atau item menu, dan
untuk mengkonfigurasi tetapan.
Anda boleh zum masuk dan keluar pada imej yang
dipaparkan dengan mengetiknya dua kali berturut-
turut.
Sentuh dan Tahan
Sentuh dan tahankan jari anda terhadap skrin.
Sentuh dan tahan skrin untuk melakukan main
semula filem bingkai-demi-bingkai.
Menggunakan Panel Sentuh
Comentarios a estos manuales