
29
Asas Mula Pantas
. Untuk menggantikan kad memori
Tekan kad memori dan kemudian lepaskannya. Ini
akan menyebabkankan kad memori terkeluar sedikit
daripada slot kad memori. Tarik kad keluar dan
kemudian masukkan yang lain.
• Matikan kamera sebelum menggantikan kad
memori.
• Lampu operasi (halaman 8) akan bernyala hijau buat seketika selepas anda
menekan [p] (Kuasa) untuk mematikan kamera. Jangan sekali-kali keluarkan kad
memori semasa lampu operasi berkelip hijau. Perbuatan itu boleh menyebabkan
operasi simpan imej gagal dan juga merosakkan kad memori.
Formatkan kad memori pada kamera sebelum menggunakannya buat kali pertama.
• Memformat kad memori yang mengandungi syot kilat atau fail lain di dalamnya,
akan memadam kandungannya. Biasanya anda tidak perlu menformat kad memori
semula. Namun, jika penyimpanan masuk ke dalam kad bertambah perlahan atau
jika anda perasan keluarbiasaan lain, format kad semula.
• Pastikan anda menggunakan kamera bagi memformat kad memori. Memformat
kad pada komputer akan mengakibatkan format bukan standard SD, yang boleh
sangat melambatkan masa pemprosesan dan menyebabkan masalah
ketidakserasian, prestasi, dan lain-lain.
1. Muatkan kad memori (halaman 28).
2. Hidupkan kamera dan kemudian sentuh “ ” (Tunjukkan Ikon).
3. Sentuh “MENU”.
4. Seret ke atas dan ke bawah sehingga anda jumpa “Sediakan”, dan
kemudian sentuhnya.
5. Sentuh “Format”.
6. Sentuh “Format” dan kemudian sentuh “Ya”.
Ini memulakan operasi memformat kad memori.
Untuk memformat (mengasal) kad memori baru
Comentarios a estos manuales