
95
Menggunakan BEST SHOT
Kelompok Mekap (Mekap BKT) membolehkan anda merakam tiga versi imej yang
sama dengan menekan butang pengatup, setiap satu dengan tetapan Tona Kulit
yang berbeza. Satu daripada imej yang dirakam menggunakan tetapan Tona Kulit
semasa kamera, sementara dua imej lain dirakam menggunakan variasi tetapan
Tona Kulit.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Mekap BKT” (halaman 89).
2. Tekan [SET] dan kemudian pilih item Panel Kawalan “ ” (Tetapan
Mekap) (halaman 43).
3. Pilih tetapan yang anda mahu dan ubah nilai tetapan.
4. Tekan [SET].
5. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Ini akan merakam dan menyimpan tiga versi imej yang sama dengan pelbagai
tetapan “Tona Kulit”, berdasarkan tetapan yang anda pilih dalam langkah 3, di
atas.
• Selepas merakam imej dengan BKT Mekap, anda tidak akan dapat merakam imej
lain sehingga penyimpanan imej terdahuhu selesai.
• Hanya dua versi imej akan dirakam dan disimpan jika anda merakam dengan BKT
Mekap semasa “Perang +6” atau “Cerah +6” dipilih untuk “Tona Kulit”.
• Rakaman filem dinyahdayakan semasa BKT Mekap dipilih.
Merakam Tiga Versi Imej dengan Tetapan Tona Kulit Berbeza
(Mekap BKT)
Tona Kulit “Perang +6” kepada “0 (Mati)” kepada “Cerah +6”
Kulit Licin “0 (Mati)” kepada “+12 (Maks.)”
Comentarios a estos manuales