Casio EX-ZR1750 Manual de usuario Pagina 93

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 241
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 92
93
Menggunakan BEST SHOT
Anda boleh mendaftarkan sehingga 999 persediaan, berdasarkan syot kilat yang
ditangkap dengan kamera, seperti pemandangan “Custom Shot”. Memilih
pemandangan “Custom Shot” yang didaftarkan akan mengkonfigurasikan kamera
dengan tetapan ini. Persediaan syot kilat yang dirakam dengan mod dan ciri berikut
boleh didaftarkan sebagai pemandangan “Custom Shot”.
Auto Program
Mod A
Mod S
Mod M
BEST SHOT (Tidak termasuk “Prarakam (Filem)” dan “Output TV HDMI”)
. Untuk mendaftarkan pemandangan “Custom Shot”
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Custom Shot (Daftar Pemandangan
Pengguna)” (halaman 89).
2. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih syot kilat yang anda mahu simpan
persediaannya.
3. Pilih “Smpn”, dan kemudian tekan [SET].
Pemandangan anda akan ditetapkan dengan nama “Pemandangan Tersuai”,
bersama dengan nombor pemandangan.
Persediaan filem tidak boleh didaftarkan sebagai pemandangan “Custom Shot”.
Anda boleh menyemak tetapan pemandangan “Custom Shot” yang dipilih pada
masa ini dengan memaparkan menu tetapan kamera dan melihat tetapannya.
Pemandangan “Custom Shot” ditetapkan dengan nombor dalam urutan: U1, U2
dan seterusnya.
Berikut ialah tetapan yang disimpan untuk setiap pemandangan “Custom Shot”.
Pengecaman Muka, Fokus, Pendedahan, Imbangan Putih, Denyar, ISO,
Permeteran, Pencahayaan, Kekuatan Denyar, Ketajaman, Ketepuan, Kontras
Pemandangan “Custom Shot” disimpan dalam memori terbina dalam (halaman
186) dalam folder SCENE (syot kilat).
Memformatkan memori terbina dalam kamera (halaman 196) akan memadam
semua pemandangan “Custom Shot” pengguna.
Gunakan prosedur berikut apabila anda mahu memadam pemandangan “Custom
Shot”.
Paparkan skrin maklumat (halaman 91) bagi pemandangan BEST SHOT
pengguna yang ingin anda padam.
Tekan [2] ( ), pilih “Jelas” dan kemudian tekan [SET].
Mencipta dan Menggunakan Persediaan Anda Sendiri
(Custom Shot)
Vista de pagina 92
1 2 ... 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 ... 240 241

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios