
204
Lampiran
. Lokasi Tidak Stabil
• Jangan letakkan kamera di permukaan yang tak stabil, di atas rak yang
tinggi dsb. Perbuatan itu boleh menyebabkan kamera terjatuh,
mewujudkan risiko kecederaan diri.
. Lokasi Yang Perlu Dielakkan
• Jangan tinggalkan kamera di mana-mana jenis lokasi berikut. Perbuatan itu
mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
– Kawasan yang mengalami kelembapan atau debu yang tinggi
– Kawasan penyediaan makanan atau lokasi lain yang ada asap
minyak
– Berdekatan pemanas, atas permaidani yang dipanaskan, di kawasan
terdedah pada cahaya matahari, dalam kenderaan tertutup yang diletakkan di
bawah matahari atau kawasan lain yang terdedah pada suhu yang sangat
tinggi
. Skrin Monitor
• Jangan mengenakan tekanan yang kuat pada permukaan panel LCD
atau mengenakannya dengan hentakan yang kuat. Perbuatan itu boleh
menyebabkan keretakan pada kaca panel paparan dan menyebabkan
kecederaan pada diri sendiri.
• Jika skrin monitor retak, jangan menyentuh sebarang cecair di dalam
skrin monitor. Perbuatan itu mewujudkan risiko keradangan kulit.
• Jika cecair skrin monitor termasuk ke dalam mulut anda, segera
berkumur-kumur dan hubungi pakar perubatan anda.
• Jika cecair skrin monitor termasuk ke dalam mata atau terkena kulit
anda, segera basuh dengan air bersih selama 15 minit sekurang-
kurangnya dan hubungi pakar perubatan anda.
. Tali sandang
• Pastikan kamera dipegang tidak bergerak dengan tangan anda semasa
menyangkutnya di leher anda.
Jangan biarkan kamera berayun-ayun menggunakan tali sandang.
Perbuatan tersebut mewujudkan risiko kecederaan diri disebabkan oleh
hentaman kamera atau terlepasnya kamera, dsb.
• Jauhkan tali sandang daripada kanak-kanak kecil.
Tali sandang boleh terlilit di keliling leher kanak-kanak kecil,
mewujudkan risiko kemalangan serius.
• Jika anda perasan sebarang kegatalan, ruam atau keluarbiasaan kulit
yang lain di kawasan tali sandang, berhenti menggunakannya serta-
merta.
*AWAS
Comentarios a estos manuales