
138
Fungsi Main Semula Lain (PLAY MENU)
. Menukar Skor Sorotan Imej (Skor Sorotan)
Anda boleh menggunakan prosedur di bawah untuk menukar skor sorotan syot kilat
atau filem.
1. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk mengalihkan sempadan
pemilihan ke imej yang anda mahu ubah skor sorotannya.
• Anda boleh bertukar daripada menu berbilang imej kepada paparan imej yang
dipilih pada masa ini dengan menggelangsar peluncur zum.
2. Tekan [SET] untuk mengubah skor sorotan imej
yang dipilih pada masa ini.
• Setiap tekanan [SET] berpusing melalui skor
sorotan dalam jujukan berikut: “ ” (+1), “ ” (+2),
“” (0).
• Ketika imej tunggal dipaparkan, anda juga boleh
mengubah skor sorotan dengan menggunakan
[SET], atau [8] dan [2].
3. Setelah skor sorotan adalah seperti yang anda mahu, tekan [MENU].
• Fungsi skor sorotan hanya boleh digunakan dengan syot kilat dan filem yang
dirakam dengan kamera ini.
• Skor sorotan untuk jenis imej di bawah tidak boleh diubah.
– Imej yang dilindungi
– Filem yang dirakam dengan saiz imej berikut:
STD, HS120, HS240, HS480, HS1000, HS30-120, HS30-240
– Filem yang dirakam dengan Art Shot
– Filem yang dirakam dengan Selang Masa
Item menu: Fungsi Sorotan * Skor Sorotan
Skor Sorotan Penerangan
(+1)
Tiada skor diperuntukkan (lalai)
Imej dengan skor ini mungkin dipilih untuk Syot Kilat Sorotan
atau Filem Sorotan.
(+2)
Imej dengan skor ini diberikan keutamaan untuk pemilihan Syot
Kilat Sorotan atau Filem Sorotan.
(0)
Imej dengan skor ini tidak akan dipilih untuk Syot Kilat Sorotan
atau Filem Sorotan.
Comentarios a estos manuales