
63
Tutorial Syot Kilat
5. Tekan penuh dan tahan butang pengatup.
Ini akan merakam imej dalam penimbal prarakam diikuti oleh imej rakaman masa
sebenar. Perakaman imej akan berterusan selagi anda menekan pengatup atau
sehingga bilangan maksimum imej yang ditetapkan oleh “Kelajuan Tinggi CS fps”
dicapai.
• Selain daripada mod P (Auto Program), anda juga boleh menggunakan mod
berikut dengan CS Prarakam: A (Apertur AE), S (Kelajuan Pengatup AE) dan
M (Pendedahan Manual).
• Lebih banyak bilangan syot, lebih lama masa yang diambil untuk menyimpannya
selepas rakaman selesai.
• Apabila menggunakan mod pengatup berterusan, pastikan kamera tidak bergerak
sehingga rakaman selesai.
• Zum dinyahdayakan semasa operasi pengatup berterusan.
• Kualiti imej syot kilat secara automatik bertukar kepada “Normal”.
• Pendedahan dan fokus untuk imej pertama ditetapkan untuk imej seterusnya juga.
• Tetapan denyar secara automatik menjadi ? (Denyar Mati).
• Saiz Imej berikut tidak boleh dipilih: 3:2, 16:9. Memasuki mod CS Kelajuan Tinggi
semasa mana-mana satu antara saiz imej ini dipilih akan menyebabkan tetapan
saiz imej bertukar kepada “16 M” secara automatik.
• Fungsi berikut tidak boleh digunakan.
Pengatup Gerakan, Pemasa Kendiri Tigaan, Zum MultiSR
• Semasa rakaman CS, sesetengah item tetapan dikaburkan pada paparan dan
tidak boleh dipilih.
• Pemasa Kendiri tidak boleh digunakan dalam mod CS Prarakam.
• Jika anda menetapkan “CS” kepada tetapan “Kekunci Ki/Kn” Penyesuaian Kekunci
(halaman 109), anda boleh mengubah mod CS dengan menekan kekunci [4] atau
[6].
Comentarios a estos manuales