
62
Tutorial Syot Kilat
Menekan separuh dan menahan butang pengatup menyebabkan penimbal prarakam
terus dikemas kini dengan imej. Apabila butang pengatup ditekan sepenuhnya,
kandungan penimbal akan dirakam bersama-sama sesiri imej masa sebenar.
Gunakan CS Prarakam apabila anda mahu memastikan anda tidak terlepas aksi-aksi
yang bergerak laju.
1. Lakukan langkah 1 hingga 10 di bawah “Merakam dengan CS
Berkelajuan Tinggi” (halaman 60), dan tentukan kelajuan CS dan
jumlah maksimum tetapan syot untuk setiap operasi pengatup
berterusan.
• Selepas anda menentukan jumlah maksimum syot, tekan [4] dan bukannya
[SET].
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan
(Prarakam Syot CS) dan kemudian tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih bilangan imej Prarakam (Pegun)
dan kemudian tekan [SET].
• Tetapan: 0 syot, 3 syot, 5 syot, 10 syot, 15 syot, 20 syot, 25 syot
• Jika anda memilih “0 syot”, imej prarakam tidak akan disimpan apabila anda
menekan separuh butang pengatup.
4. Tekan separuh dan tahan butang pengatup untuk memulakan
prarakaman.
Penimbal prarakam terus dikemas kini dengan imej selagi butang pengatup
ditekan.
• Kamera tidak akan mengeluarkan bunyi pengatup semasa ia memprarakam
imej.
• Melepaskan butang pengatup yang ditekan separuh akan menyebabkan
kandungan penimbal prarakam dipadam.
Merakam dengan CS Prarakam
Butang pengatup
ditekan separuh
Imej yang dirakam (sehingga 30 imej)
Imej diprarakam
Butang pengatup
ditekan
Butang pengatup
dilepaskan
Perakaman berterusan imej sehingga butang
pengatup dilepaskan
Comentarios a estos manuales