
73
Tutorial Syot Kilat
Anda boleh menggunakan prosedur di bawah untuk merakam satu siri imej dalam
tempoh masa yang ditetapkan (Syot Selang). Fungsi ini berguna apabila merakam
pergerakan bunga yang sedang berkembang, dsb.
• Tempoh operasi Syot Selang semaksimum mungkin ialah 20 hari (selang masa
60 minit, 500 imej).
• Apabila menggunakan fungsi ini, anda disyorkan merakam menggunakan tripod.
• Untuk menghalang kehabisan kuasa semasa merakam, gunakan bateri yang dicas
sepenuhnya.
• Pastikan kad memori yang anda gunakan mempunyai ruang kosong yang
mencukupi sebelum menggunakan fungsi ini.
• Fokus ditetapkan pada apa yang difokuskan semasa rakaman dimulakan.
1. Jajarkan dail mod dengan [F] (Selang Masa).
2. Tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih (Selang Masa) opsyen Panel
Kawalan dan kemudian tekan [SET].
Ini memaparkan menu pemandangan Selang Masa.
4. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk memilih “ Syot Selang”, dan
kemudian tekan [SET].
5. Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel
Kawalan (Tetapan Selang), dan kemudian tekan [SET].
6. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “ Selang” atau “
Tangkapan”, tekan [6], dan kemudian gunakan [8] dan [2] untuk
mengubah tetapan.
7. Tekan [SET].
• Tetapan Syot Selang semasa ditunjukkan di
bahagian bawah skrin monitor.
Merakam Berbilang Imej Dalam Tempoh Masa Yang Dtetapkan
(Syot Selang)
Selang Menetapkan selang masa rakaman.
Tangkapan Menetapkan bilangan syot.
Comentarios a estos manuales