
133
Melihat Syot kilat dan Filem
1. Dalam mod MAIN, gunakan [4] dan [6] untuk menatal imej sehingga
imej yang anda mahu dipaparkan.
2. Putar pengawal zum ke arah z ([) untuk
mengezum.
Anda boleh menggunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk
menatal imej yang dizum pada skrin monitor. Anda juga
boleh gunakan dail kawalan untuk menatal ke atas dan
ke bawah, dan gelang fungsi untuk menatal ke kiri dan
kanan. Putar pengawal zum ke arah w untuk nyahzum
imej.
– Apabila kandungan skrin monitor dihidupkan, grafik
di bawah sudut kanan skrin menunjukkan bahagian
mana daripada imej yang dizum sedang
dipaparkan.
– Untuk keluar daripada skrin zum, tekan [MENU].
– Walaupun faktor imej zum maksimum ialah 8X, saiz imej tertentu mungkin
tidak membenarkan pengezuman sehingga 8X sepenuhnya.
• Menekan [SET] akan mengunci faktor zum semasa untuk imej atas skrin. Anda
kemudian boleh menggunakan [4] dan [6] untuk menatal antara imej,
menggunakan faktor zum yang sama. Menekan [SET] sekali lagi akan
membuka kunci faktor zum dan membenarkan anda untuk menggunakan [8],
[2], [4] dan [6] untuk bergerak di sekeliling imej yang sedang dipaparkan.
Fungsi ini tidak boleh digunakan semasa melihat imej atau menonton filem
kumpulan CS. Selain itu, imej dan filem kumpulan CS tidak akan muncul
semasa anda menatal imej menggunakan [4] dan [6].
1. Dalam mod MAIN, putar pengawal zum ke arah
w (]).
Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk menggerakkan
sempadan pemilihan di sekeliling menu imej.
Untuk melihat imej tertentu, gunakan [8], [2], [4], atau
[6] untuk menggerakkan sempadan pemilihan ke imej
yang anda mahu dan kemudian tekan [SET].
• Sekiranya filem atau fail pengatup berterusan (CS),
bingkai pertama fail akan dipaparkan.
• Anda boleh menatal ke depan dan belakang halaman menu imej dengan
memutar gelang fungsi.
• Tanda soal (?) akan dipaparkan untuk imej yang tidak dapat dipaparkan atas
sebab tertentu.
Mengezum Imej Atas skrin
Memaparkan Menu Imej
Kawasan imej
Kawasan paparan
terkini
Faktor zum
Comentarios a estos manuales