Casio EX-ZR5000 Manual de usuario Pagina 103

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 242
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 102
103
Menggunakan BEST SHOT
6. Tekan butang pengatup sepenuhnya dan
perlahan-lahan gerakkan kamera mengikut
arahan dan anak panah yang kelihatan di skrin
monitor.
Pegang kamera dengan erat dengan kedua belah
tangan, ikut arahan yang kelihatan di skrin monitor
bagi melungsurkan kamera secara melintang atau
menegak pada kelajuan yang seragam dalam
bentuk melengkung dengan badan anda sebagai
pusatnya.
Apabila melungsurkan kamera secara melintang,
jangan benarkan badan anda bergerak ke kiri
atau kanan. Garisan menegak dari atas hingga bawah badan anda harus
dijadikan paksi.
Apabila melungsurkan kamera secara menegak, jangan benarkan badan
anda bergerak ke atas atau bawah. Garisan melintang antara kedua bahu
anda harus dijadikan paksi.
Berhati-hati agar tidak melungsurkan kamera secara menyerong dan
pastikan anda memegangnya dengan erat.
Kamera akan mula menghasilkan imej super lebar secara dalaman apabila
kursor slaid mencecah penghujung julat pergerakan yang satu lagi.
Penyediaan imej juga akan mula secara automatik jika anda berhenti
menggerakkan kamera semasa merakam imej super lebar.
Nilai sudut pandang “11 mm” dan “14 mm” adalah anggaran dan diberikan sebagai
rujukan semata-mata. Nilai sudut pandang sebenar tidak dijamin.
Operasi zum tidak disokong semasa rakaman Syot Lebar. Tetapan zum ditetapkan
pada sudut lebar penuh.
Fungsi ini membolehkan anda merakam imej dengan sudut pandang maksimum
11 mm atau 14 mm. Namun, sila ambil perhatian, keadaan rakaman yang tertentu
akan menghasilkan sudut pandang yang lebih kecil.
Keadaan berikut tidak serasi dengan rakaman Syot Lebar.
Subjek yang mempunyai kecerahan berbeza daripada persekitarannya kerana
cahaya buatan, cahaya matahari, dsb.
Sungai, ombak, air terjun, atau benda lain yang sentiasa berubah pola
Langit, pantai, atau benda lain dengan pola berterusan
Kamera terlalu dekat dengan subjek utama
Subjek bergerak
Menyorot ke arah atas pada pencakar langit atau struktur atau objek lain yang
sangat tinggi
Persekitaran gelap
Anak panah
Arahan
Vista de pagina 102
1 2 ... 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 ... 241 242

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios