
100
Menggunakan BEST SHOT
Dengan Panorama Slaid, anda mengalihkan kamera untuk menyediakan dan
merakam berbilang imej, yang kemudiannya digabungkan menjadi panorama. Ciri ini
membolehkan anda merakam panorama sehingga 360 darjah, yang lebih hebat
daripada yang boleh dirakam dengan keupayaan fizikal kanta.
• Operasi zum tidak disokong semasa rakaman Panorama Slaid. Tetapan zum
ditetapkan pada sudut lebar penuh.
• Anda boleh menggunakan Panorama Slaid untuk merakam imej melintang
sehingga lebih kurang 360 darjah dan imej menegak sehingga lebih kurang
180 darjah.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Panorama Slaid” (halaman 91).
2. Tekan [SET] dan kemudian pilih opsyen Panel Kawalan (Arah Slaid)
(halaman 43).
• Anda juga boleh memilih Arah Slaid dengan memutar gelang fungsi.
3. Pilih arah pergerakan kamera yang dirancang semasa merakam dan
kemudian tekan [SET].
Anda boleh memilih satu daripada empat arah: Kanan, Kiri, Atas, atau Bawah.
4. Halakan kamera di permulaan panorama dan tekan separa butang
pengatup supaya kamera boleh fokus secara automatik.
5. Tekan butang pengatup sepenuhnya dan kursor
slaid akan muncul pada skrin monitor. Perlahan-
lahan gerakkan kamera ke arah yang ditunjukkan
dengan anak panah pada skrin sehingga kursor
slaid mencecah penghujung julat pergerakannya
(misalnya hingga hujung kanan apabila
menggerakkan kamera ke kanan).
• Kamera akan mula menyediakan imej panorama
secara dalaman apabila kursor slaid mencecah
penghujung julat pergerakan.
• Penyediaan imej juga akan mula secara automatik
jika anda berhenti menggerakkan kamera semasa
merakam panorama.
Merakam Imej Panorama (Panorama Slaid)
Comentarios a estos manuales