
82
Lampiran
Akses tidak sah
CASIO COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab
sekiranya berlaku akses tidak sah dan/atau penggunaan titik akses produk ini jika
produk hilang atau dicuri.
Guna sebagai peranti wayarles
Gunakan fungsi wayarles produk ini hanya seperti yang diterangkan dalam manual
ini. Sebarang penggunaan lain adalah penggunaan yang salah, dan CASIO
COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab bagi sebarang
kerosakan yang berlaku kerana penggunaan yang salah.
Kemagnetan, cas elektrostatik, dan gangguan radio
Jangan guna produk ini berhampiran ketuhar gelombang mikro atau di tempat lain
yang menghasilkan kemagnetan, cas elektrostatik, atau gangguan radio. Penerimaan
gelombang radio mungkin terjejas dalam persekitaran tertentu.
Sila ambil perhatian bahawa peranti berhampiran yang lain yang menggunakan jalur
2.4GHz yang sama yang digunakan oleh produk ini boleh menyebabkan kelajuan
pemprosesan berkurang dalam kedua-dua peranti.
Kawasan penggunaan sasaran
Produk ini dibuat untuk kegunaan di negara atau kawasan yang disenaraikan di
laman web yang dipautkan di bawah.
http://world.casio.com/r-law/dc/
Walaupun anda berada di negara atau kawasan yang disenaraikan di laman web
yang dipautkan di atas dan walaupun model produk model anda sama seperti yang
diterangkan dalam manual ini, produk anda mungkin tidak mematuhi undang-undang
radio dan undang-undang lain di kawasan atau negara anda sekiranya anda membeli
model yang dikeluarkan untuk negara atau kawasan lain melalui Internet, dll. Dalam
kes ini, terpulanglah kepada anda untuk menentukan sama ada produk anda boleh
digunakan di negara atau kawasan anda tanpa menyalahi undang-undang.
Penggunaan produk ini di negara atau kawasan selain daripada tempat ia telah dibeli
pada asalnya membawa risiko pelanggaran undang-undang radio tempatan dan
undang-undang lain. Sila maklum bahawa CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan
bertanggjawab sekiranya berlaku pelanggaran tersebut.
. Peringatan Lain
• Produk mungkin menjadi panas sedikit semasa digunakan. Ini adalah biasa dan
tidak menunjukkan kepincangan tugas.
• Julat maksimum untuk merakam gambar dengan produk [r/SLOW] adalah kira-
kira 10 meter. Julat maksimum untuk melihat imej pada skrin monitor produk
adalah kira-kira lima meter.
Comentarios a estos manuales