
78
Lampiran
• Periksa [USB] penutup gasket kalis simbah bebas dari rekahan, calar dan
sebarang kerosakan lain.
• Tutup [USB] penutup dengan kemas.
• Produk ini akan tenggelam jika terjatuh ke dalam air. Gunakan tali atau cara lain
untuk mengelak dari terjatuh.
• Ciri kalis simbah produk ini melindunginya daripada air masin dan air tawar sahaja.
Perlindungan tidak diberikan terhadap mata air panas.
• Jangan biarkan produk untuk masa yang lama di lokasi yang bersuhu sangat
rendah (di mana air membeku) atau sangat tinggi. Khususnya, elakkan dari
meninggalkan kamera di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari terik, di
dalam kenderaan bermotor pada hari panas, dsb. Mana-mana keadaan ini boleh
mengakibatkan kerosakan pada ciri kalis simbah.
• Komunikasi wayarles dengan teknologi wayarles Bluetooth tidak disokong di
bawah permukaan air. Ini bermakna produk ini tidak boleh digunakan untuk
merekod imej di bawah air. Sambungan dengan produk atau telefon pintar tidak
diwujudkan jika anda menghidupkan kamera semasa di dalam air.
. Langkah berjaga-jaga selepas Penggunaan Di Bawah Permukaan
Air
• Sebelum membuka [USB] penutup, gunakan kain bersih, lembut dan kering untuk
mengelap produk supaya bebas daripada kelembapan dan kotoran.
• Jika anda membuka [USB] penutup ketika produk masih basah, pastikan untuk
mengelap permukaan dalamnya supaya bebas daripada kelembapan sebelum
menutupnya. Titisan air yang ada mencipta risiko hakisan dan kegagalan fungsi.
Comentarios a estos manuales