
103
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Tetapan ini boleh digunakan untuk menetapkan fungsi rakaman yang akan
dilaksanakan apabila butang pengatup hadapan ditekan ketika kamera berada dalam
mod RKM.
• Operasi butang pengatup hadapan akan menjadi dinyahdayakan semasa
menangkap dengan beberapa pemandangan BEST SHOT.
• Bagi operasi butang pengatup hadapan dalam mod MAIN, lihat halaman 128.
• Apabila tetapan “Pengatup Hadapan” adalah sesuatu yang lain daripada “Mati”,
butang pengatup hadapan boleh digunakan untuk menangkap syot kilat semasa
rakaman filem sedang berjalan (Syot Kilat Dalam Filem). Bagaimanapun, dalam
hal ini, hanya satu syot kilat boleh dirakamkan. Anda tidak boleh menangkap imej
Pengatup Berterusan (CS) semasa merakam filem.
Menetapkan Fungsi Rakaman untuk Butang Pengatup Hadapan
(Pengatup Hadapan)
Item menu: Pengatup Hadapan
Tetapan
Paparan Ikon
Skrin RKM
Perihalan (Apabila butang pengatup hadapan
ditekan)
Standard
Rakaman biasa menggunakan persediaan kamera
semasa.
Kurang AF
Menekan separuh butang pengatup hadapan
menangkap syot kilat serta-merta tanpa melaraskan
fokus, oleh itu selang masa antara operasi butang
pengatup dan penangkapan lebih pendek berbanding
apabila menggunakan butang pengatup di atas. Jika
anda mahu memfokus (dengan AF) sebelum
menangkap gambar, tekan separa butang pengatup
atas untuk memfokus. Kemudian, tekan butang
pengatup hadapan untuk menangkap gambar.
Operasi pengatup hadapan ini boleh digunakan untuk
menangkap satu syot kilat sahaja.
10 saat
Rakaman imej 10 saat selepas butang pengatup
hadapan ditekan.
2 saat
Rakaman imej 2 saat selepas butang pengatup
hadapan ditekan.
CS
Merakam beberapa imej sehingga 10 imej pada 10 fps.
Fungsi ini boleh digunakan hanya apabila mod rakaman
adalah Auto Program dan tetapan item menu “CS”
(halaman 60) adalah “Mati”.
Mati Tiada rakaman.
Comentarios a estos manuales