
18
Asas Mula Pantas
• Setiap negara mengawal ofset masa tempatannya sendiri dan penggunaan masa
musim panas, maka ia tertakluk pada perubahan.
• Mengeluarkan bateri daripada kamera terlalu cepat selepas mengkonfigurasi
tetapan masa dan tarikh buat kali pertama boleh menyebabkan tetapan ditetapkan
semula kepada lalai kilangnya. Jangan keluarkan bateri untuk sekurang-kurangnya
24 jam setelah mengkonfigurasi tetapan.
Walaupun kamera memiliki memori terbina dalam yang boleh digunakan untuk
menyimpan imej dan filem, anda mungkin mahu membeli kad memori yang tersedia
secara komersil untuk lebih banyak kapasiti. Kamera tidak dibekalkan bersama kad
memori. Imej yang dirakam semasa kad memori dimuatkan disimpan ke dalam kad
memori. Apabila tiada kad memori dimuatkan, imej disimpan dalam memori terbina
dalam.
• Untuk maklumat mengenai kapasiti kad memori, lihat halaman 121.
– Kad Memori microSD
– Kad Memori microSDHC
– Kad Memori microSDXC
• Di atas adalah jenis kad memori yang disokong sehingga bulan
Julai 2012.
• Kamera ini menyokong penggunaan kad memori microSD daripada jenis dan
kapasiti berikut: kad memori microSD sehingga 2 GB, kad memori microSDHC
daripada 2 GB sehingga 32 GB, kad memori microSDXC daripada 32 GB sehingga
2 TB. Ambil perhatian bahawa keupayaan untuk menggunakan mana-mana kad
tertentu dengan kamera ini, walaupun ia memenuhi keperluan kapasiti dan jenis di
atas, adalah tidak dijamin.
Jika anda melakukan kesalahan mengkonfigurasi tetapan bahasa paparan, tarikh
dan masa dengan prosedur di atas, rujuk halaman berikut untuk maklumat
mengenai cara membetulkan tetapan.
– Bahasa paparan: Halaman 96
– Tarikh dan masa: Halaman 95
Menyediakan Kad Memori
Kad Memori yang Disokong
Amaran!
+
Kad memori microSD/microSDHC/microSDXC boleh mendatangkan bahaya
tertelan untuk kanak-kanak kecil.
+
Jauhkan kad memori microSD/microSDHC/microSDXC daripada kanak-
kanak kecil. Jika kad memori ditelan secara tidak sengaja, hubungi doktor
dengan segera.
Comentarios a estos manuales