Casio EX-JE10 Manual de usuario Pagina 15

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 127
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 14
15
Asas Mula Pantas
Operasi Lampu Belakang
Maklumat dalam tanda kurungan dalam jadual di atas menunjukkan status lampu
semasa kamera dihidupkan semasa pengecasan.
Peringatan Pengecasan Lain
Dengan dua kaedah pengecasan yang diterangkan di atas, anda boleh mengecas
bateri kamera (NP-80) tanpa mengeluarkannya daripada kamera. Jangan gunakan
sebarang jenis peranti pengecas lain. Percubaan untuk menggunakan pengecas
lain boleh menyebabkan kemalangan yang tak dijangka.
Peranti bekalan kuasa dan peranti pengecasan USB tertakluk pada standard yang
ditetapkan. Penggunaan peranti kurang bermutu atau peranti yang tidak
memenuhi standard boleh menyebabkan kerosakan dan/atau kegagalan kamera
anda.
Operasi tidak dijamin sekiranya anda menggunakan komputer yang dibina atau
diubah suai sendiri. Walaupun anda menggunakan komputer yang tersedia secara
komersial, spesifikasi port USB tertentu mungkin memustahilkan pengecasan
menggunakan kabel USB.
Bateri yang masih panas kerana penggunaan biasa mungkin tidak mengecas
sepenuhnya. Berikan bateri masa untuk sejuk sebelum mengecasnya.
Bateri menyahcas sedikit walaupun semasa ia tidak dimuat dalam kamera. Kerana
itu, anda disarankan supaya mengecas bateri segera sebelum anda perlu
menggunakannya.
Mengecas bateri kamera mungkin menyebabkan gangguan dengan penerimaan
TV dan radio. Jika ini berlaku, pasang palam pengecas ke sumber kuasa yang
lebih jauh dari TV atau radio.
Masa pengecasan sebenar bergantung pada kapasiti bateri semasa dan keadaan
pengecasan.
Jangan gunakan penyesuai USB-AC dengan mana-mana peranti lain.
Status Lampu Penerangan
Merah Menyala,
(Kuning Menyala/
Berkelip)
Mengecas
Berkelip Merah
Suhu sekeliling tak normal,
pengecasan mengambil masa yang
sangat lama atau masalah bateri
(halaman 109)
Mati, (Hijau Menyala) Pengecasan selesai
Lampu belakang
Vista de pagina 14
1 2 ... 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 ... 126 127

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios