Casio EX-FR100L Manual de usuario Pagina 39

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 157
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 38
39
Asas Mula Pantas
Operasi
Jika cahaya yang tidak diingini memancar ke arah lensa, lindung lensa dengan
tangan anda semasa merakam imej.
Skrin Monitor semasa Rakaman Syot kilat
Keadaan kecerahan subjek boleh melambatkan tindak balas skrin monitor dan
boleh menyebabkan hingar digital pada imej skrin monitor.
Imej yang muncul pada skrin monitor ialah untuk penggubahan imej. Imej sebenar
akan dirakamkan mengikut mod rakaman yang dipilih (halaman 41).
Penggambaran Tertutup di bawah Pencahayaan Pendarfluor
Kelipan kecil pencahayaan pendarfluor boleh memberi kesan pada kecerahan dan
warna imej.
Peringatan Lain
Proses pengurangan hingar dilakukan apabila kepekaan ISO ditetapkan pada nilai
tinggi. Ini menyebabkan kamera mengambil masa lebih lama untuk merakam imej
seterusnya selepas anda menekan butang pengatup. Jangan lakukan sebarang
operasi lain semasa operasi merakam imej sedang dilakukan.
Oleh sebab ciri elemen pengimejan yang digunakan kamera, objek yang bergerak
laju dalam imej mungkin kelihatan terherot.
. Pembatasan Fokus Auto
Satu daripada berikut boleh memustahilkan fokus yang tepat.
Dinding berwarna padu atau subjek terlalu rendah kontras lain
Subjek bercahaya latar terlalu terang
Subjek yang terlalu bersinar
Bidai atau subjek lain yang mempunyai corak melintang berulang
Berbilang subjek pada jarak berbeza dari kamera
Subjek di lokasi gelap
Pergerakan kamera semasa menangkap gambar
Subjek yang bergerak laju
Subjek di luar jarak fokus kamera
Kunci fokus boleh digunakan dalam sesetengah mod rakaman. Jika anda tidak
dapat memfokus dengan betul, cuba gunakan kunci fokus (halaman 56).
Peringatan Tangkapan Syot Kilat
Vista de pagina 38
1 2 ... 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 ... 156 157

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios