
144
Lampiran
Pemadaman Fail
Fail tidak boleh
dipadam.
Fail mungkin dilindungi. Imej yang dilindungi tidak boleh
dipadam.
Sambungan Wayarles
Saya tidak dapat
mewujudkan
sambungan
wayarles.
Sambungan LAN
wayarles terputus.
1)Kamera tidak dapat menyambung ke telefon pintar jika
terlalu jauh antara satu sama lain.
2)Telefon pintar mungkin disambungkan ke peranti wayarles
lain. Periksa tetapan Wi-Fi telefon pintar dan sahkan bahawa
kamera dipilih untuk sambungan LAN wayarles
(halaman 83).
3)Sambungan mungkin hilang disebabkan oleh gangguan
yang berpunca daripada ketuhar gelombang mikro, telefon
tanpa kord atau peranti wayarles lainyang berdekatan.
Alihkan kamera jauh daripada peranti yang menyebabkan
masalah itu.
Saya terlupa kata
laluan saya.
Sambil menekan [0] (Filem) dan butang pengatup pada
kamera, tekan [p] (Kuasa) untuk kira-kira 6 saat. Lampu
operasi kamera akan terpadam dan kemudian kata laluan akan
dikembalikan ke tetapan lalai yang asal. Ambil maklum
bahawa mengasalkan kata laluan menyahpasang kamera dan
telefon pintar, oleh itu anda perlu memasangkannya semula.
Untuk maklumat tentang tetapan kata laluan lalai asal, lihat
halaman 82.
Maklumat Lokasi
Maklumat lokasi
tidak ditambah
kepada imej saya.
1)Pasangkan kamera dan telefon pintar, dan kemudian
wujudkan sambungan teknologi wayarles Bluetooth antara
keduanya.
2)Jika anda merakam syot kilat, pilih “Hidup” untuk tetapan
maklumat lokasi kamera (halaman 90).
3)Konfigurasikan tetapan telefon pintar untuk mendapatkan
maklumat lokasi, dan pastikan ia berada di tempat di mana
maklumat lokasi boleh diterima.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan
Comentarios a estos manuales