Casio GZE-1 Manual de usuario Pagina 66

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 98
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 65
66
Lampiran
Kamera ini direka untuk tahan kejutan, kalis air, dan kalis habuk seperti yang
diterangkan di bawah.
0 Tahan kejutan:
Lulus ujian berdasarkan standard*
1
bebas CASIO yang dirumuskan menurut MIL-
Standard 810G Method 516.7-Shock.*
2
*1 Ujian jatuh dari ketinggian 4 meter ke atas papan lapis (lauan)
*2 Impak yang sangat kuat kerana pengendalian yang sangat kasar seperti
mencampakkan kamera atau menjatuhkannya dari ketinggian yang berlebihan
boleh menyebabkan kerosakan yang serius. Biarpun kejatuhan tidak
mengakibatkan kerosakan fungsi, ia mungkin menyebabkan kesan calar dan
kerosakan fizikal lain.
0 Kalis simbah:
Kalis percikan bersamaan dengan IEC/JIS Kelas 8 (IPX8)*
3
dan Kelas 6 (IPX6).
Membolehkan penggunaan berterusan semasa direndam dalam air dengan
kedalaman sehingga 50.0 meter selama 30 minit*
4
dan perlindungan terhadap
semburan jet daripada semua arah.*
5
Produk ini boleh digunakan ketika meluncur
atau terlibat dalam sukan air yang lain.
*5*6
*3 Menandakan penggunaan bawah permukaan air apabila terendam untuk
sesuatu tempoh dan pada tekanan yang ditetapkan oleh CASIO.
*4 Keadaan ujian ditakrifkan oleh CASIO.
*5 Diuji untuk tahan air tahap peluncuran yang menggunakan kaedah ujian fungsi
CASIO sendiri.
*6 Prestasi ketahanan air tidak dijamin semasa penggunaan ketika terlibat dalam
semua jenis sukan air.
0 Kalis habuk:
Sepadan dengan ciri kalis habuk IEC/JIS Perlindungan Kelas 6 (IP6X).
Tahan kejutan, kalis air, dan kalis habuk produk ini adalah berdasarkan keputusan
ujian CASIO, dan tidak menjadi sebarang jaminan bahawa produk ini akan
berjalan, tidak akan rosak atau tidak akan berfungsi dalam keadaan tersebut.
. Langkah berjaga-jaga sebelum Penggunaan Di Bawah Permukaan
Air
Kamera ini boleh digunakan untuk merakam imej di bawah permukaan air sehingga
kedalaman 50.0 meter. Bagaimanapun, langkah-langkah berikut harus diberi
perhatian sebelum menggunakan kamera di bawah air.
Apabila merakam dalam air atau di kawasan yang titisan air terdapat pada kamera,
lensa mungkin selepas itu semasa merakam atau apabila anda menggunakan
kamera untuk merakam imej.
Jangan buka atau tutup penutup apabila berada dekat dengan air atau di kawasan
yang terdedah kepada angin laut. Juga elakkan membuka atau menutup penutup
dalam keadaan tangan anda basah, kotor atau ada bahan asing padanya.
Perbuatan ini boleh menyebabkan air masuk ke dalam dan kerosakan.
Tahan Kejutan, Kalis Simbah, Kalis Habuk
Vista de pagina 65
1 2 ... 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 ... 97 98

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios