
17
Asas Mula Pantas
[POWER] Operasi Lampu
• Maklumat dalam tanda kurungan dalam jadual di atas menunjukkan status lampu
semasa kamera dihidupkan semasa pengecasan.
. Mengecas dengan Menyambungkan Kamera kepada Port USB
Bukan Komputer
Pengecasan boleh dilakukan daripada peranti yang memenuhi standard USB dan
yang memuaskan syarat di bawah.
• Voltan Output: 5 V
• Arus Output: 2 A atau kurang
. Peringatan Pengecasan Lain
• Dengan dua kaedah pengecasan yang diterangkan di atas, anda boleh mengecas
bateri kamera (NP-150) tanpa mengeluarkannya daripada kamera.
• Model ini hanya boleh dicas daripada port usb spesifikasi USB 2.0.
• Operasi tidak dijamin sekiranya anda menggunakan komputer yang dibina atau
diubah suai sendiri. Walaupun anda menggunakan komputer yang tersedia secara
komersial, spesifikasi port USB tertentu mungkin memustahilkan pengecasan
menggunakan kabel USB.
• Bateri yang masih panas sebaik sahaja selepas penggunaan biasa mungkin tidak
mengecas sepenuhnya. Berikan bateri masa untuk sejuk sebelum mengecasnya.
• Bateri menyahcas sedikit walaupun semasa ia tidak dimuat dalam kamera. Kerana
itu, anda disarankan supaya mengecas bateri segera sebelum anda perlu
menggunakannya.
• Mengecas bateri kamera mungkin menyebabkan gangguan dengan penerimaan
TV dan radio. Jika ini berlaku, pasang penyesuai USB-AC ke sumber kuasa yang
lebih jauh daripada TV atau radio.
• Masa pengecasan sebenar bergantung pada kapasiti bateri semasa dan keadaan
pengecasan.
• Gunakan kabel USB yang datang dengan kamera. Bateri mungkin tidak dicas jika
kabel USB lain digunakan.
Status Lampu Penerangan
Merah Menyala,
(Ambar Menyala)
Mengecas
Berkelip Merah
Suhu sekeliling tak normal,
pengecasan mengambil masa yang
sangat lama atau masalah bateri
(halaman 84)
Mati, (Hijau Menyala) Pengecasan selesai
Comentarios a estos manuales